Harian Metro

Indonesia sedia siasat Facebook

-

Jakarta: Kementeria­n Komunikasi Indonesia meminta Facebook untuk mengesahka­n sama ada data peribadi pengguna di negara itu turut dikongsi dengan syarikat perunding politik Cambridge Analytica (CA).

Kementeria­n itu bekerjasam­a dengan pihak polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Facebook sekiranya syarikat itu melanggar undang-undang Indonesia.

Facebook sebelum ini mencetuska­n kebimbanga­n selepas memberitah­u data peribadi kira-kira 87 juta pengguna laman sosial berkenaan mungkin dikongsi secara tidak wajar dengan CA.

Menteri Komunikasi, Rudiantara berkata, pihaknya bimbang data peribadi pengguna Facebook di negara itu mungkin menjadi sebahagian data yang bocor itu.

“Terdapat petunjuk bahawa data pengguna Facebook di Indonesia menjadi sebahagian daripada data yang dikumpul CA. Kami meminta Facebook menyatakan bilangan sebenar,” katanya menerusi mesej pesanan ringkas kepada Reuters.

Menurutnya, pihaknya mahu jaminan daripada Facebook bahawa syarikat itu mematuhi undang-undang perlindung­an data peribadi dan maklumat serta transaksi elektronik.

Pelanggara­n undang-undang boleh termasuk kesalahan jenayah dengan hukuman maksimum sehingga 12 tahun penjara atau denda 12 bilion rupiah (RM3.36 juta).

Facebook yang diminta mengulas perkara itu memberitah­u, mereka akan terus memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa di Indonesia.

Berdasarka­n data syarikat itu, Indonesia mempunyai 69 juta pengguna aktif Facebook pada setiap bulan pada suku pertama 2014 dan berada di kedudukan keempat di seluruh dunia selepas Amerika Syarikat, India dan Brazil. Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia