Harian Metro

BUKAN BAYANG

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

 Hamidin individu paling layak bawa kemajuan kepada bola sepak negara

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Yusoff Mahadi menegaskan tindakan Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencadangk­an nama Datuk Hamidin Mohd Amin sebagai presiden baru badan induk itu bukan untuk menjadikan Setiausaha Agung berkenaan sebagai proksi.

Sebaliknya, Yusoff menjelaska­n faktor utama yang mendorong Tunku Ismail mencadangk­an nama Hamidin ialah bekas Setiausaha Agung FAS itu adalah individu paling layak untuk membawa kemajuan kepada bola sepak negara.

Beliau berkata, Tunku Is-

(gambar)

mail sudah pasti membuat penilaian sepenuhnya terhadap kemampuan Hamidin terutama selepas setahun bekerjasam­a menguruska­n badan induk itu.

“Beliau mahukan seseorang yang lebih mudah untuk bekerja selain memahami keperluan MFL (Liga Bolasepak Malaysia). Malah, FAM juga perlukan kerjasama yang baik daripada MFL selepas ini.

“Beliau (Tunku Ismail) hanya fikir orang yang boleh bawakan kemajuan kepada bola sepak bukan kerana proksi atau sebagainya, semua isu itu tidak sepatutnya timbul. Soalnya sekarang adalah

hanya mengenai orang yang benar-benar layak jadi presiden.

“Semua orang boleh lihat kemampuan Hamidin. Beliau cukup mahir dalam pentadbira­n bola sepak dan dikenali, bukan saja di Malaysia, malah di peringkat AFC (Konfederas­i Bolasepak Asia) dan FIFA (Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Tunku Ismail mencadangk­an Hamidin untuk menerajui FAM selepas beliau melepaskan jawatan nombor satu badan induk itu pada 25 Mac lalu.

Malah, Hamidin kini menjadi calon pilihan untuk menerajui FAM selepas mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Exco FAM dan majoriti ahli gabungan.

Selain itu, Yusoff turut mengakui tiada individu lebih layak untuk menerajui FAM selain Hamidin yang sudah lima tahun berkhidmat sebagai Setiausaha Agung.

“Siapa lagi yang layak dipilih sebagai Presiden FAM? Mungkin ada individu yang berduit, tapi bagaimana hubungan beliau dengan FIFA dan AFC serta pengetahua­n beliau dalam bola sepak untuk urus FAM.

“Bagi saya, semua itu tiada masalah buat Hamidin kerana hubunganny­a dengan semua persatuan termasuk AFC dan FIFA sudah terbina dengan baik dan ia akan menyenangk­an urusan FAM.

“Kalau presiden baru, mereka perlu mulakan hubungan serantau dan sebab itu Tunku Ismail cadangkan nama Hamidin kerana beliau percaya ia akan melancarka­n segala perancanga­n FAM,” katanya. Kuantan: FELDA United FC yang mengunggul­i persada Liga Perdana mahu kedudukan terbaik itu kekal seiring dalam aksi suku akhir pertama Piala FA bertemu PKNP FC di Stadium Batu Kawan, malam ini.

Pemain tengah kelab itu, Christie Jayaseelan berkata, prestasi konsisten diyakini boleh membantu untuk memastikan kemenangan berpihak kepada The Fighters.

Katanya, setakat ini, persediaan kelab itu pada prestasi terbaik untuk melangkah lebih jauh dalam saingan berkenaan.

“Kami akan melakukan segala-galanya biarpun tuan rumah memiliki kelebihan beraksi di tempat sendiri. Tapi kami tidak akan membenarka­n lawan berbuat demikian.

“Misi kami adalah mendapatka­n slot separuh akhir dan kemenangan ke atas PKNP FC menjadi keutamaan sebelum aksi suku akhir kedua di Jengka, Pahang nanti.

“Fokus utama tidak boleh membiarkan lawan menguasai perlawanan terutama membolosi gawang FELDA United,” katanya.

Christie berkata, PKNP FC bukan lawan yang boleh ditewaskan dengan mudah jika bersandark­an kepada kejayaan layak beraksi dalam Liga Super musim ini.

“Sudah pasti mereka mahu mencatat keputusan terbaik dalam saingan Piala FA musim ini dan apabila berada pada tahap ini, semua pasukan mahukan kemenangan.

“Kelebihan yang mereka miliki apabila bertemu pasukan berpengala­man dalam Liga Super juga memerlukan kami kekal fokus dan tidak boleh memandang mudah keupayaan lawan,” katanya.

 ??  ?? HAMIDIN (kanan) calon presiden baru FAM.
HAMIDIN (kanan) calon presiden baru FAM.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia