Harian Metro

Syahmi mahu curi perhatian

- Devinder Singh devinder@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Selepas meraih penampilan sulung bersama skuad kebangsaan, pemain sayap Selangor, Syahmi Safari berharap dapat meneruskan rentak cemerlang apabila bertemu Kuala Lumpur pada suku akhir pertama Piala FA di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam ini.

Syahmi, 20, beraksi musim penuh keduanya bersama Selangor selepas berjaya mendapat tempat dalam pasukan utama tahun lalu di bawah bimbingan P Maniam.

Ketika Maniam kini digantikan Nazliazmi Nasir, Syahmi mengakui dia perlu meyakinkan jurulatih itu untuk memilihnya di dalam kese-

(gambar)

belasan utama.

“Saya berterima kasih kepada jurulatih skuad kebangsaan kerana memberi peluang kepada saya untuk meraih penampilan pertama,” kata Syahmi yang masuk sebagai pemain gantian ketika Harimau Malaya membelasah Bhutan 7-0 , Ahad lalu.

“Ia satu penghormat­an kerana dapat beraksi bersama skuad kebangsaan dan pengalaman yang saya peroleh sangat bermakna.

“Saya perlu kekalkan prestasi bersama Selangor kerana panggilan seterusnya akan mengambil kira prestasi saya bersama pasukan ini.

“Setiap sesi latihan saya perlu memberikan komitmen sepenuhnya. Walaupun saya mengenali jurulatih ketika saingan Piala Presiden lagi, saya perlu membuktika­n bahawa saya berhak berada dalam pasukan,” katanya.

Kapten Selangor, Razman Roslan kembali beraksi selepas tidak diturunkan ketika Selangor menang 3-1 ke atas Terengganu pada pusingan ketiga kerana memenuhi hukuman penggantun­gan perlawanan.

Razman berharap rakan sepasukann­ya tidak lagi dibuai kejayaan ketika menewaskan Kuala Lumpur 2-0 pada aksi pembukaan Liga Super.

“Prestasi Kuala Lumpur meningkat selepas menewaskan Kedah dan Johor Darul Ta’zim. Jadi kami tidak boleh memandang mudah dalam usaha untuk mendapatka­n kelebihan pada perlawanan timbal balik nanti,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia