Harian Metro

APA SUDAH JADI? Caroline terlalu gementar

-

 Malaysian Tigers akur kekalahan besar di tangan England

Gold Coast: Silau matahari mengganggu momentum perenang negara, Caroline Chan sekali gus membuatnya gagal mencatat rekod peribadi terbaik acara 100 meter kuak lentang wanita di Pusat Akuatik Optus, semalam.

Caroline, 23, merekod 1:05.94 saat, ketinggala­n 0.44s berbanding catatan terbaiknya dalam saringan dua yang dimenangi perenang Australia, Kaylee McKeown dengan 1:00.65s.

Catatan itu juga tidak memberikan­nya tiket ke pusingan separuh akhir yang hanya diberikan kepada 20 perenang terbaik.

Perenang kelahiran Selangor itu mengakui dia merasa sangat gementar beraksi dalam penampilan temasya yang pertama dan berharap dapat membaiki kelemahann­ya pada acara 50m kuak lentang pada Isnin ini,

(gambar),

yang mana rekod kebangsaan miliknya dengan catatan 29.51s.

“Renangan hari ini tidak berapa baik. Pastinya saya mahu berenang lebih pantas dan saya agak kecewa,” kata Caroline.

“Kebanyakan masa saya berlatih di kolam renang tertutup di Malaysia dan biarpun kami tiba seminggu lalu di sini untuk membiasaka­n

Malaysia sekali lagi gagal belajar daripada perlawanan yang ‘perlu dilupakan’ berdepan England apabila mereka dibelasah 7-0 oleh pasukan ranking ketujuh dunia itu dalam saingan Kumpulan B di Stadium Hoki Gold Coast, semalam.

Dua jaringan Sam Ward (m-14, m-20) dan Mark Gleghorne

(27, 53) diri dengan kolam renang terbuka, ia masih sangat sukar buat saya.

“Ia menjadi masalah buat kami perenang acara kuak lentang kerana kami perlu melihat ke atas dan berenang. Pancaran matahari menusuk terus masuk ke mata saya hari ini dan saya tidak dapat mengagak sama ada saya berenang lurus atau tidak di kolam renang,” katanya.

Rakan senegara, Welson Sim yang melayakkan diri ke final 400m gaya bebas lelaki semalam, juga tidak dapat membaiki rekod kebangsaan miliknya apabila mencatatka­n dua saat lebih lewat berbanding rekod kebangsaan­nya dalam acara 200m gaya bebas hari ini.

Perenang berumur 21 tahun itu merekodkan 1:49.58s untuk menamatkan saingan di peringkat saringan dan 16 keseluruha­n, sekali gus gagal ke final. buat England, manakala satu gol daripada David Goodfield (21), Harry Martin (49) dan Phillip Roper (59) melengkapk­an kemenangan besar itu.

England pernah menewaskan lawan di kedudukan -12 dunia itu 7-2, 4-1, 7-3, 8-1 dalam empat pertemuan sebelum ini. Kekalahan hari ini adalah yang ketujuh berturut-turut Malaysia di tangan England.

Ia satu lagi persembaha­n buruk ditunjukka­n Malaysia yang gagal melakukan satu pun cubaan ke sasaran England ketika lawan memperoleh 14 cubaan.

Penjaga gol negara, Hafizuddin Othman dan Hairi Abdul Rahman, yang berganti-ganti mengawal gawang, sibuk sepanjang perlawanan.

“Kami bermain buruk dan keputusan itu amat teruk. Kami tidak bermula baik dan melakukan kesilapan. England menghukum kami daripada kesilapan ini dengan menjaringk­an gol mudah,” kata kapten kebangsaan, Sukri Mutalib.

“Kelembapan di sini bukan masalah. Kami hanya gagal menampilka­n permainan terbaik kami.

“Saya harap rakan sepasukan tidak kecewa dengan keputusan ini dan saya harap mereka bangkit dalam perlawanan seterusnya.”

Malaysia akan menentang pasukan ke-24 dunia, Wales yang seri 1-1 berdepan bekas juara, Pakistan semalam dalam perlawanan kedua kumpulan, hari ini.

“Kami perlu menunjukka­n karektor sebenar dan bermain baik esok. Wales menunjukka­n mereka boleh bermain dengan baik dengan menyekat Pakistan dan kami mesti menghormat­i mereka.

“Objektif kami esok adalah mengutip tiga mata,” kata Sukri.

 ?? Sukri Mutalib ?? PEMAIN negara, Fitri Saari (kanan) cuba melepasi pemain England, James Gall di stadium hoki Gold Coast, semalam. Kami bermain buruk dan keputusan itu amat teruk.
Kami tidak bermula baik dan melakukan kesilapan. England menghukum kami daripada...
Sukri Mutalib PEMAIN negara, Fitri Saari (kanan) cuba melepasi pemain England, James Gall di stadium hoki Gold Coast, semalam. Kami bermain buruk dan keputusan itu amat teruk. Kami tidak bermula baik dan melakukan kesilapan. England menghukum kami daripada...
 ??  ?? KAYLEE ungguli saringan dua acara 100 meter kuak lentang wanita, semalam.
KAYLEE ungguli saringan dua acara 100 meter kuak lentang wanita, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia