Harian Metro

‘Saya tidak kecewa’

-

Gold Coast: “Kalau bukan rezeki saya di sini, saya terima. Saya langsung tidak kecewa,” kata atlet angkat berat negara Sharifah Inani Najwa Syed Anuar selepas gagal dalam kategori 53 kilogram di Carrara Sports and

Leisure Centre, semalam.

Menerusi angkatan 75kg dalam acara snatch dan 95kg dalam clean and jerk untuk mengumpul 170kg keseluruha­n, Sharifah Inani dilihat menahan sakit ketika melakukan angkatan kedua clean and jerk untuk cuba membuat angkatan 101kg selepas berjaya melepasi 95kg pada angkatan pertama.

“Kaki saya kejang. Sewaktu saya dipanggil kaki saya sedang dibalut dan sambil menahan sakit saya berlari untuk membuat angkatan clean and jerk kedua,” kata atlet berusia 28 tahun itu.

“Selalunya nama akan dipanggil apabila atlet sudah menunggu di kotak menunggu, tetapi saya dipanggil sewaktu berjalan dan dengan kesukaran mengatur nafas, apa yang tidak sepatutnya terjadi, terjadi. Saya reda.

“Jika diikutkan saya berpeluang menang gangsa, saya ingin memecah rekod kebangsaan yang dilakukan Azizah Fadzil 100kg namun saya gembira, apatah lagi layak ke sini (Sukan Komanwel) dengan perbelanja­an sendiri, dibantu suami untuk mendapatka­n tajaan.”

Sharifah Inani yang digugurkan daripada program Majlis Sukan Negara (MSN) susulan kegagalan di Glasgow 2014, menyertai ATM selama setahun sebelum meninggalk­an sukan itu selama tiga tahun.

Namun, kecintaann­ya terhadap sukan itu mendorongn­ya untuk kembali ke Sukan Komanwel dengan menjalani latihan dan menyertai kejohanan kelayakan di Gold Coast dengan perbelanja­an sendiri dan akhirnya layak secara merit, apatah lagi kini menjadi jurulatih angkat berat secara bebas.

“Percubaan saya berbaloi, tidak lagi ‘hangus’ seperti dulu. Malah, saya harap akan ada pelapis yang mampu menunjukka­n kekuatan mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia