Harian Metro

PENANGAN VIRUS

-

 Azizul gagal beri aksi terbaik, tamatkan perlumbaan akhir keirin di tangga keenam

Jangkitan virus yang dialami jagoan berbasikal negara, Azizulhasn­i Awang benar-benar memberi kesan terhadapny­a apabila menamatkan perlumbaan akhir keirin di tangga keenam, semalam.

Meskipun memberi tentangan hebat sejak awal perlumbaan, Azizulhasn­i tidak mampu mengejar apabila Matt Glaetzer dari Australia, Lewis Olivia (Wales) dan Edward Dawkins (New Zealand) memintasny­a di peringkat akhir perlumbaan untuk masing-masing memenangi emas, perak dan gangsa.

Apa yang turut mengecewak­an Azizulhasn­i, dia gagal memberikan ‘hadiah hari lahir’ buat Beasley yang berusia 56 tahun, semalam.

“Saya sudah melakukan yang terbaik untuk merebut posisi selesa tetapi apabila mereka memintas saya, saya tidak dapat berbuat apa-apa,” kata Azizulhasn­i ketika ditemui selepas perlumbaan.

“Saya cuba berkayuh tetapi tak boleh pergi. Dada saya rasa seperti mahu pecah akibat kekurangan oksigen.”

Dia turut mengakui tempoh

(gambar)

rehat yang singkat turut menyukarka­nnya mempamerka­n aksi terbaik.

“Perlumbaan pertama dan kedua memang sempurna tetapi dari separuh akhir ke akhir, tempoh rehat begitu singkat iaitu 50 minit dan tidak sempat untuk saya kembali cergas,” katanya.

“Namun saya tidak dapat menghalang apa yang akan berlaku jadi saya hanya mampu cuba mengawal apa yang boleh saya lakukan, hanya bernafas dalam-dalam, tenangkan fikiran dan terus berkayuh.

“Sewaktu di garisan permulaan, saya berada di tahap 60 hingga 70 peratus, tak sempat untuk pulih. Malah John (Beasley) juga nampak saya seperti mengalami kesukaran tetapi hanya memberitah­u saya selepas itu.”

Justeru, Azizulhasn­i berterima kasih kepada Beasley kerana tidak membenarka­nnya menyertai acara pecut dengan misi berikutnya ke Sukan Asia Indonesia selepas ini.

“Ini bukan Sukan Komanwel terakhir saya, saya akan berkayuh untuk temasya berikutnya.”

Sementara itu, bagi Beasley, anak buahnya sudah melakukan yang terbaik tetapi dengan keadaan kesihatann­ya itu sukar untuk mara lebih jauh.

“Dia sudah memberikan yang terbaik untuk memenangi perlumbaan hingga tiada apa yang tinggal. Kami akan pastikan dia akan kembali sihat dan kembali bertanding,” kata Beasley. Gold Coast: Nicol David sedikit goyah sepanjang dua perlawanan awal kelompok 16 terakhir sebelum melangkah ke suku akhir di Oxenford Studios, semalam.

Pemain nombor sembilan dunia itu bergelut sebelum menang 20-18, 8-11, 11-7, 11-3 ke atas pemain di ranking ke-33, Samantha Cornett dan bakal bertemu pemain England, Alison Waters hari ini.

Persembaha­n Samantha sedikit mengejutka­n Nicol yang juga pilihan ketiga temasya dan dia menganggap apa yang dipamerkan pesaingnya itu adalah prestasi terbaik setakat ini.

“Dia bermain dengan yakin manakala saya pula agak bergelut di perlawanan pertama serta kedua.

“Bagaimanap­un, saya bangkit di perlawanan ketiga. Saya mula yakin.

“Saya perlu menyesuaik­an diri di gelanggang ini kerana sebelum ini, keadaan gelanggang yang saya temui agak berlainan,” kata Nicol.

Nicol menjangkak­an aksi menentang Alison bakal berlangsun­g sengit.

“Saya sudah beberapa kali bertemu Alison. Pasti seronok dapat bertemunya sekali lagi di suku akhir,” katanya.

Sementara itu, seperti dijangka, Aiza Azman dan S Sivasangar­i tewas di tangan lawan masing-masing.

Aiza tewas 11-7, 11-1, 6-11, 11-8 di tangan pemain Wales, Tesni Evans, manakala Sivasangar­i tumbang 11-3, 9-11, 11-7, 11-3 kepada pemain New Zealand, Joelle King.

Dalam kategori lelaki, Nafiizwan Adnan melangkah ke suku akhir tanpa perlu berpeluh selepas lawan dari Australia, Ryan Cuskelly menarik diri akibat kecederaan.

Pemain nombor 35 dunia itu akan menentang pemain di ranking ke-12, Nick Matthew dari England untuk merebut tempat ke separuh akhir.

Ivan Yuen tewas 11-5, 11-6, 11-4 kepada pemain New Zealand, Paul Coll.

 ??  ??
 ??  ?? AZIZUL (belakang, kanan) tetap beri tentangan kepada pelumba lain.
AZIZUL (belakang, kanan) tetap beri tentangan kepada pelumba lain.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia