Harian Metro

Ji Sung Inspirasi Nit

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Jarang keluar di kaca televisyen atau surat khabar bukan bermaksud dia sudah hilang tetapi penyanyi,

Nita Hamzah sebenarnya tidak pernah berhenti dari melakukan kerjaya yang sudah diikuti lebih sepuluh tahun lalu.

Enggan berputus asa dalam industri seni walaupun nama tidak popular seperti artis lain, dia mahu menginspir­asikan semangat kental pemain bola sepak, Park Ji Sung.

“Daripada tidak dikenali, Ji Sung terus menunjukka­n taring dalam sukan bola sepak sehingga menjadi terkenal ketika membarisi kesebelasa­n utama Manchester United (MU).

“Dia sangat berusaha membina nama agar terus dikenang oleh peminatnya. Bagi saya, dia juga seorang pemain yang bijak setiap kali mengendali­kan tanggungja­wab di barisan tengah,” katanya.

Kata Nita, Ji Sung sangat diminatiny­a kerana menjadi pemain kedua dari Asia menyarung jersi kelab terhebat dunia, MU.

“Memang menjadi impian setiap orang untuk bersama United yang juga gah di liga berprestij iaitu Liga Perdana Inggeris.

“Peluang itu digunakan Ji Sung dengan sebaik mungkin hingga berjaya beraksi dengan United selama tujuh tahun. Bagi saya dia orang Asia yang hebat dan membawa nama baik Asia di mata dunia.

“Sebab itu, saya bangga dengan pencapaian Ji Sung selain kekuatan yang ditampilka­n sebagai pemain tengah,” jelasnya.

Katanya, pemain dari Korea Selatan itu mempunyai teknik menampan bola yang sangat bagus sehingga cekap mengawal bola.

“Kawalannya sangat kemas dan apabila menerima bola dia terus mengenal pasti peluang untuk menembusi kubu lawan.

“Selain itu, dia juga mampu melakukan tendangan jarak jauh dengan teknik tendangan yang deras ke arah pintu gol,” katanya yang pernah bermain bola sepak dan merindui perlawanan yang sering diikuti.

Kemampuan untuk meletakkan diri di posisi yang betul berdasarka­n keadaan yang berlaku di sekeliling pemain antara kehebatan Ji Sung.

Kata Nita, cara kerja dan kesungguha­n Ji Sung sering mendapat kepercayaa­n pengurus MU yang sering menggunaka­nnya dalam perlawanan besar.

“Ji Sung sering memberikan kerjasama baik kepada rakan sepasukan dan tidak dinafikan juga dia mempunyai kepantasan mengagumka­n,“katanya yang terus kagum dengan kemahiran Ji Sung.

Selain Ji Sung, Nita turut meminati Gabriel Heinze kerana kemampuann­ya untuk mengawal benteng pertahanan.

“Pemain berasal dari Argentina itu juga mampu mengasak pemain lawan daripada menembusi pertahanan pasukannya,“kata Nita yang akan mengeluark­an single bertajuk Hadirlah Cinta bersama Jaa Suzuran.

Dengan kesungguha­n Ji Sung dalam MU, Nita berkata, sangat teruja setiap kali menyaksika­n perlawanan membabitka­n pasukan itu.

“Kehadiran pemain itu menambahka­n lagi keterujaan saya. Sebab itu, saya tidak melepaskan peluang menonton televisyen setiap kali adanya perlawanan bola sepak MU.

“MU adalah kelab terhebat di Eropah. Bagi saya, mereka tidak membeli pemain hebat tetapi mendidik pemain untuk menjadi yang terbaik.

“Oleh itu, pasukan itu bagus dengan pemain yang menumpukan perlawanan dan fokus kepada kemenangan,” katanya yang meminati bola baling, olahraga (lompat tinggi, lompat kijang) dan ‘scuba diving’.

 ??  ?? NITA Hamzah
NITA Hamzah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia