Harian Metro

ASYRAF MASIH MENARUH HARAPAN

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

Ketika era sebagai pemain pada sekitar tahun 1980an hingga awal 1990an, A Anbalagan atau kini nama Islamnya Muhammad Asyraf Anbalagan Abdullah, terkenal sebagai penyerang yang lincah.

Agak menarik, beliau mampu ‘mencuri tempat’ dalam skuad Pahang yang pada ketika era itu gah silih berganti dibarisi bintang bola sepak seperti Fandi Ahmad, V Sundramoor­thy,

Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh, Piyapong Pue-On dan Ronnachai Sayomchai.

Asyraf juga turut menyarung jersi negara dengan kejayaan Malaysia memenangi pingat emas Sukan SEA 1989 kekal sebagai antara pencapaian terbaiknya.

Tapi, kehidupan

Asyraf, 51, berubah 360 darjah sejak diserang angin ahmar pada

Januari 2015 lalu yang menyebabka­n dia mengalami lumpuh pada sebelah kanan tubuhnya serta hilang upaya untuk bercakap.

Kalau dulu Asyraf ligat berlari di padang malah masih bermain bola sepak bagi mengisi masa lapang selepas bersara namun kini beliau tidak mampu bergerak aktif seperti dahulu.

Menurut isterinya, Hamili Razana Hamzah, Asyraf diserang angin ahmar secara tiba-tiba ketika sedang memandu. Sebelum itu, beliau memang menghidap tekanan darah tinggi dan kencing manis namun tidak serius.

Akibat serangan angin ahmar itu, Asyraf terlantar di hospital selama tiga minggu sebelum mendapatka­n rawatan susulan di Hospital Rehabilita­si, Cheras selama tiga bulan.

“Pada awalnya, keadaan beliau agak membimbang­kan tapi selepas rawatan di hospital rehabilita­si itu, Aysraf semakin pulih serta menunjukka­n peningkata­n.

“Namun pada peringkat awal, beliau seolah-olah hilang semangat kerana tidak dapat menerima keadaan dirinya, maklumlah sebelum itu beliau seorang yang aktif serta bebas bergerak ke sana sini, tiba-tiba menjadi lumpuh,” cerita Razana.

Kini, selepas tiga tahun, Razana berkata keadaan Asyraf tidak banyak berubah namun mereka tidak berputus asa meneruskan rawatan dengan harapan beliau akan pulih.

“Beliau masih menjalani rawatan fisioterap­i sebanyak dua minggu sekali di samping rawatan pemulihan tangan sebulan sekali. Pada masa sama kami turut berusaha secara tradisiona­l.

“Saya bersyukur walaupun sebelah kanan badannya lumpuh, namun beliau tidak terbaring di tempat tidur sebalik masih mampu berjalan dalam jarak dekat dengan menggunaka­n tongkat.

“Kami juga masih mendapatka­n rawatan dengan harapan Asyraf dapat kembali bercakap seperti dahulu. Walaupun beliau berusaha untuk bercakap namun kami sukar memahami apa yang mahu beliau sampaikan,” katanya.

Sesuatu yang turut melegakan Razana adalah sikap Asyraf yang kini sangat semakin positif berdepan dengan masalah kesihatann­ya berbanding peringkat awal dahulu.

“Beliau kini sudah boleh menerima keadaan yang menimpanya. Kehidupan beliau juga kembali ceria serta menunjukka­n semangat yang tinggi untuk pulih.

“Alhamdulil­lah, selain saudara-mara, bekas rakan sepasukan kerap mengunjung­i serta memberi kata- kata semangat.

“Beliau cukup ceria bila ada kawankawan lamanya datang menziarah. Walaupun tidak mampu berbual, namun wajahnya sudah cukup untuk menggambar­kan kegembiraa­nnya.

“Malah, kami sangat berterima kasih atas

 ??  ?? ASYRAF dulu seorang penyerang yang lincah.
ASYRAF dulu seorang penyerang yang lincah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia