Harian Metro

Rose Cipta Sejarah

-

seorang model terkenal.

“Kebanyakan daripada anda tahu bahawa saya bukan seorang model sama seperti yag lain (dari segi saiz dan ketinggian). Pada usia 13 tahun saya sudah memulakan karier ini dan pernah diberitahu bahawa tidak mampu untuk menjadikan kegiatan ini sebagai kerjaya.

“Ia membuatkan saya akan lebih bekerja keras dan jika anda mengenali saya ia menunjukka­n bahawa saya tidak mudah untuk mengalah,” kata Rose.

Rose juga bukan saja pernah bekerja sebagai model, malah dia mampu untuk menghasilk­an buku mengenai kehidupann­ya, ketika di zaman senang dan susah.

“Saya pernah melalui pelbagai pahit manis tetapi, kisah yang panjang ini jika dipendekka­n ialah mengenai ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui

“Saya bukan saja berkongsi mengenai muka depan untuk majalah ini tapi ia menunjukka­n kehidupan saya yang sedang dirahmati dan ini adalah bayi wanita saya,” kata Rose.

Rose dilahirkan di Kortrijk, Belgium namun ibunya dari Portugal dengan mempunyai campuran Angola dan Senegal.

Dia tinggal bersama Van Der Wiel yang ditemuinya ketika berusia 17 tahun dan mereka sebelum ini menetap di Paris, sebelum berpindah ke Istanbul apabila pemain kebangsaan Belanda itu berhijrah ke kelab, Fenerbahce.

Pada 24 Februari lalu Rose dan Van Der Wiel memperkena­lkan bayi perempuan mereka yang diberi nama Naleya Rose Van Der Wiel.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia