Harian Metro

Jangan Hilang Tumpuan

-

Mohon tutup cerita kemenangan 7-0 ke atas Bhutan pada perlawanan persahabat­an di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu. Ini kerana terlalu banyak topik yang lebih penting untuk pasukan bola sepak kebangsaan serta penyokongn­ya sekali.

Tumpuan yang lebih tajam diperlukan supaya Harimau Malaya tidak melalui 13 bulan tanpa sebarang kemenangan yang turut menyaksika­n ranking negara dalam senarai FIFA jatuh ke tangga ke-178, yang paling buruk dalam sejarah.

Tiga perlawanan terbaru, Mongolia, Lubnan dan Bhutan mampu dijadikan polemik berharga untuk kita semua. Namun yang paling terkesan dan perlu bertanggun­gjawab nanti ialah jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

Itupun jika senario pengurusan pasukan kebangsaan Malaysia tidak jatuh ke dalam satu lagi kancah drastik. Kita harap dan besar kemungkina­nnya, Cheng Hoe akan kekal sebagai jurulatih sehingga tamatnya kempen Piala AFF hujung tahun ini.

Masih ada yang akan kata bahawa Piala AFF bukan sasaran utama buat bola sepak Malaysia. Malangnya, ada pula segelintir pihak mudah berangan dan kerap bermimpi bahawa Harimau Malaya seharusnya mampu menakluki benua.

Tidak salah meletak matlamat yang tinggi tetapi lebih baik kita memahami hakikat dan realiti terlebih dulu. Banyak sekali yang boleh diperkatak­an menerusi tiga perlawanan terbaru, Mongolia (2-2), Lubnan (1-2) dan Bhutan (7-0) tetapi hakikatnya Harimau Malaya, lagi dan lagi dan lagi; masih perlukan perancanga­n yang setidak-tidaknya rasional dan konsisten.

Daripada tiga perlawanan lalu, mungkin ada yang mengatakan persembaha­n Harimau Malaya” tiada semangat” ketika menentang Mongolia; “amat berpotensi dengan kualiti” walaupun tewas

1-2 di tangan Lubnan atau “masalah penyudah boleh diatasi” selepas membelasah Bhutan 7-0.

Perlu maklum bahawa ketiga-tiga perlawanan itu berlainan senario. Pasukan lawan yang juga berbeza dari segi kemampuan mereka.

Apa pun rumusannya, kita tetap tidak boleh mengatakan Harimau Malaya kini sudah mampu mencecah tahap Asia. Proses ke arah itu sangat memerlukan peningkata­n pasukan yang mampu mengharung­i cabaran serantau Piala AFF dalam kalangan pencabar Asia Tenggara terlebih dulu.

Jika menjurus lebih mendalam, misalnya, apakah Cheng Hoe akan terus percaya kepada kombinasi Shahrol Saad (Perak) dan Irfan Zakaria (Kuala Lumpur) sebagai tonggak pertahanan tengah? Benarkah Nazmi Faiz Mansor adalah jawapan kreatif di barisan tengah tanpa perlu lagi kehadiran Safiq Rahim?

Selepas mengetepik­an 12 pemain dari Johor

Darul Takzim (JDT) secara drastik apabila seri dengan Mongolia, Cheng Hoe dikatakan membuat keputusan itu kerana dasar penggilira­n pemain. Selain itu, beliau juga dipetik sebagai berkata langkah itu dilakukan kerana mendengar luahan penyokong (netizen).

Jika Cheng Hoe berpuas hati dengan kumpulan pemain ketika menentang Bhutan, ia mungkin bermakna tiada lagi tempat dalam Harimau Malaya buat pemain JDT seperti Hazwan Bakri, Safawi Rashid dan Fazly Mazlan.

Satu lagi situasi yang boleh mencabar kewarasan peminat berkecuali ialah pendirian sebenar Cheng Hoe dan Persatuan Bolasepak Malaysia

(FAM) mengenai pemain naturalisa­si. Tidak lama dulu cukup ghairah kita inginkan pemain kacukan yang dikatakan mampu memantapka­n Harimau Malaya.

Cheng Hoe harus waspada tidak terjebak dengan isu-isu tempelan mengenai Harimau Malaya, termasuk pelbagai cerita dalaman FAM yang bakal memilih presiden barunya, Julai nanti.

Jurulatih kebangsaan perlu melihat dengan jelas dan berpegang teguh kepada perancanga­n menjelang Piala AFF. Tiada cabaran lain yang lebih penting dan menarik buat Harimau Malaya selain Piala AFF nanti.

Sama ada soal presiden, netizen atau pemain pencen, Cheng Hoe perlu fokus kepada apa yang dimahukann­ya untuk Harimau Malaya. Paling kurang, penyokong mahukan Malaysia layak ke separuh akhir Piala AFF 2018. Jumpa lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia