Harian Metro

KEON BAWA DIRI KE HUTAN

-

masalah hilang begitu sahaja.

“Aktiviti sebegini juga boleh meredakan tekanan yang saya hadapi sebagai pemain bola. Malah kepayahan yang dilalui sepanjang ekspedisi itu membina sifat bekerjasam­a serta keyakinan diri yang boleh saya terapkan di dalam padang," katanya.

Sepanjang tiga hari dua malam di dalam hutan, mereka menjalanka­n aktiviti perkhemaha­n, berburu dan memancing di sungai.

“Pengalaman berjaya memancing ikan kelah seberat 3 kg (kilogram) antara yang paling menyeronok­kan," cerita Keon.

Selain itu Keon dan rakan-rakannya turut menggunaka­n kesempatan itu untuk mengenali lebih dekat kehidupan masyarakat Orang Asli yang tinggal di kawasan itu.

Spy Bola: Memancing di pasar. Bila tercetus berita mengenai Allahyarha­m Raimi Jamil yang menghadapi saat sukar semasa dimasukkan ke hospital, seorang bekas pemain membisikka­n ke telinga Spy Bola betapa beberapa orang bekas pemain juga sedang melalui kehidupan yang sukar selepas bersara.

Tidak semua yang bernasib baik dapat meneruskan karier sebagai jurulatih apatah lagi pemain zaman dahulu bukan menerima gaji setinggi pemain sekarang.

Akhirnya, demi kelangsung­an hidup, mereka terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan. Salah seorang pemain yang pernah menyarung jersi sebuah pasukan terkemuka kini bekerja sebagai pemandu lori.

Seorang lagi pemain pula dikhabarka­n beralih bidang menjadi penggembal­a lembu di kampung halamannya selepas khidmat sebagai penolong jurulatih tidak diperlukan lagi.

Bukan niat Spy Bola menghina pekerjaan mereka kerana walau apa pun mereka lakukan ia tetap bagus kerana ia pekerjaan yang halal.

Cuma, kadang-kadang Spy Bola berasa terkilan melihat kehidupan mereka yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Situasi sebegini tidak sepatutnya dilalui oleh bekas pemain.

Sepatutnya, persatuan kepada pasukan yang mereka wakili boleh membantu dengan mencarikan pekerjaan yang lebih menjamin kestabilan hidup mereka selepas bersara

Spy Bola: Terus jadi penyiasat.

 ??  ?? KEON turut menyelami kehidupan Orang Asli.
KEON turut menyelami kehidupan Orang Asli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia