Harian Metro

TUAH MAHU DIINGATI

-

Masih aktif dalam dunia muzik, bakal keluarkan album baru

bersama kumpulan Saja iaitu Cari Cinta Satu Malaysia dan Dia Cahaya.

Kini bekerja sebagai eksekutif jualan sepenuh masa, Tuah berkata, dia aktif dengan projek membabitka­n muzik.

“Kurang pasti mengapa single Akmarasa kurang mendapat sambutan dan saya anggap lagu itu tiada rezeki.

“Oleh itu, saya mencuba nasib dengan tampil bersama kumpulan Saja, dua tahun lalu,” katanya.

Menurut Tuah, dia tiada masalah membahagi masa bekerjasam­a dengan tiga kumpulan berbeza dan merancang untuk mengeluark­an lagu baru dalam masa terdekat ini.

“Kerjasama dengan ZTP dan Abstrak Hingga Ke Bulan bermula tahun ini. Hujung April ini, kami merancang untuk merakam dua single,” katanya.

Menerusi kerjasama dengan kumpulan berkenaan, Tuah berharap peminat dan penonton Mentor Legend masih mengingati­nya.

“Bimbang juga kalau orang sudah melupakan saya kerana sudah lama menyepi. Bagaimanap­un, saya sedar diri siapa dan akan terus berusaha untuk menempa nama dalam industri muzik,” katanya.

Dalam pada itu, Tuah memberitah­u enggan mengharapk­an bantuan serta populariti Mas Idayu untuk karier nyanyianny­a.

“Kami masih berhubung, cuma saya tidak mahu bergantung kepada dia dan memilih untuk berusaha sendiri,” katanya.

 ??  ?? TUAH kini bekerjasam­a dengan kumpulan ZTP dan Abstrak Hingga Ke Bulan.
TUAH kini bekerjasam­a dengan kumpulan ZTP dan Abstrak Hingga Ke Bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia