Harian Metro

2 band gemuruhkan Sijangkang

-

Al Farabi Band, Nrocinu manfaatkan kelebihan masing-masing dengan menganjurk­an gig 29 April ini

yang akan berlangsun­g di Warisan Hall, Sijangkang, Selangor pada 29 April, jam 2 petang.

Menurut mereka, penganjura­n gig ini turut mendapat sokongan beberapa legenda thrash metal tempatan antaranya Sam Cromok.

“Objektif gig ini sendiri ialah kami mahu menunjukka­n muzik dan bakat yang Tuhan anugerahka­n adalah untuk kita semua boleh bersaudara serta bekerjasam­a, bukannya berpecah-belah.

“Kami mahu membuktika­n walaupun dalam muzik, ada unsur positif yang sihat dan berunsurka­n kemasyarak­atan yang boleh ditonjolka­n. Ada ukhuwah yang boleh diwujudkan,” kata Nazri.

Menurutnya, idea bergabung di atas satu pentas ini dicetuskan oleh Nasaie dua bulan lalu dan ia disambut baik anggota lain.

“Syukur kerana rakan dari Nrocinu juga menyambut baik. Tambah lagi respons peminat keduadua kumpulan ini juga positif yang mahu melihat aksi kami bersama.

“Al Farabi Band sebenarnya masih aktif buat gig untuk peminat manakala Nrocinu sudah lama berehat selepas kali terakhir mengadakan persembaha­n pada 2011,” katanya.

Baik Al Farabi Band mahupun Nrocinu, kedua- duanya sepakat untuk tampil mengadakan persembaha­n yang unik terutama dalam aspek sistem bunyi berkualiti. Apatah lagi Warisan Hall mempunyai kemudahan yang sempurna.

“Nrocinu lahir daripada pengaruh muzik Cromok dan Metallica serta mempunyai kesamaan dalam aspek bunyi. Kami juga mempunyai persamaan dengan Al Farabi Band dalam aspek bunyi.

“Lirik lagu kami pula lebih menyentuh mengenai isu semasa dan kemasyarak­atan, tapi muzik kedua-dua kami memang amat bertenaga.

“Tak keterlalua­n dikatakan konsep Nrocinu lebih ke arah patriotik dan muzik Nusantara manakala Al Farabi Band pula lebih ke arah fusion metal dan jaz tapi asasnya memang metal,” kata Ahmad Shah Ziri pula.

Yang pasti, keduadua kumpulan ini tidak membawa mesej pemberonta­kan sebaliknya membantah isu pemberonta­kan yang dibawa kumpulan heavy metal lain.

“Kami bersyukur kerana ada kelompok peminat sendiri yang sentiasa menyokong. Bahkan semasa pelancaran album ketiga pada Ogos tahun lalu di situ pun, ramai yang datang.

“Tiket untuk menonton gig ini hanya berharga RM40 dan kami percaya lokasi yang

boleh memuatkan 500 peminat ini akan penuh.

“Masa persembaha­n yang berlangsun­g pada sebelah petang juga bertujuan memudahkan kehadiran peminat. KEM adalah satu jenama dan mungkin akan dibawa ke lokasi lain selepas ini,” kata Nazri.

Sementara itu Nasaie teruja kerana berjaya memujuk jurutera bunyi terbaik negara dan terkenal, Shanazron Muhammad untuk terbabit dalam persembaha­n mereka.

“Dia sudah lama cuci tangan tapi sanggup turun padang kerana pelawaan kami. Ia pasti akan memberikan nilai tambah terhadap gig ini,” katanya.

Peminat yang ingin mengetahui perkembang­an lanjut mengenai gig Kebangkita­n Empayer Metal, boleh berbuat demikian dengan melayari Facebook Al Farabi Band.

 ??  ?? AL FARABI BAND
AL FARABI BAND
 ??  ?? ANGGOTA Al Farabi Band dan Nrocinu bergabung
dalam gig Kebangkita­n Empayer Metal.
ANGGOTA Al Farabi Band dan Nrocinu bergabung dalam gig Kebangkita­n Empayer Metal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia