Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV 3, 12.02 tengah hari CEREKAPILI­HAN: CIK SITI TV 3, 2 petang PANGGUNG SABTU: HOUSEFULL 3 TV 3, 12.30 tengah malam TV3 CINEMA: RAIDERS OF THE LOST ARKS

Mengisahka­n Cik Siti Wan Kemboja yang disumpah nenek kebayan demi mengubati penyakit kulit dihidapiny­a.

Selepas kembali cantik, Cik Siti merampas Awang daripada rakan baiknya iaitu Mawar.

Apabila mereka berkahwin, mayat

Awang ditemui dalam keadaan mengerikan. Semua lelaki yang berkahwin dengan Cik Siti mengalami nasib yang sama.

Suatu hari, Pak Kulim datang ke kampung itu dan ingin berkahwin dengan Cik Siti walaupun ditentang penduduk kampung.

Sebelum berkahwin, Pak Kulim banyak mengajar Cik Siti mengenai ilmu agama dan dia mula bertaubat.

Sejak itu, perkahwina­n mereka kembali normal dan kekal bahagia. Sumpahan ke atas Cik Siti juga berakhir.

PELAKON: Izara Aishah, Adiba Yunus, Fattah Amin, Fauziah Nawi, Rusdi Ramli dan Datuk Ahmad Tamimi Siregar Tiga perompak cuba mencuri barang kemas dari sebuah bangunan tetapi berjaya diberkas polis.

Enam tahun kemudian, Batook Patel seorang lelaki kaya dan ahli perniagaan yang berjaya tidak membenarka­n ketiga-tiga anak gadisnya berkahwin.

Dia percaya, wanita yang ada dalam susur-galur keluargany­a menderita disebabkan perkahwina­n.

PELAKON : Boman Irani, Jacqueline Fernandez, Lisa Haydon, Nargis Fakhri, Abhishek Bachchan dan Akshay Kumar Pada 1936, seorang ahli arkeologi yang dikenali sebagai Indiana Jones melepasi semua jerat di sebuah kuil lama di Peru.

Jones berjaya mengambil berhala dari tempat berkenaan. Dia diserang oleh Rene Belloq dan penduduk peribumi di sana. Dikepung oleh kedua-dua pihak, Jones menyerahka­n berhala itu kepada Belloq dan melarikan diri.

PELAKON: Harrison Ford, Paul Freeman, Karen Allen, John Rhys-Davies dan Ronald Lacey

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia