Harian Metro

Kisah malang lelaki berpoligam­i

-

Janji dan mulut manis adalah senjata yang paling bahaya dan licik untuk memperdaya seseorang tidak kira ia diucapkan wanita mahupun lelaki.

Begitulah kisah yang berlaku pada Badrul yang beristeri dua lakonan Azhar Sulaiman dalam telefilem Manis Manis Mulut yang menemui penonton jam 10.05 pagi esok menerusi saluran TV 1 (101)

Tersepit untuk cuba memenuhi tuntutan dua isterinya yang pada mulanya aman bahagia bermadu namun kemudian berubah dan saling berbalah.

Badrul cuba menambah pendapatan keluarga dengan mencari kerja sampingan. Dia sedar pendapatan­nya sebagai penceramah dan pakar jualan di sebuah syarikat jualan langsung tidaklah sebanyak mana.

Apatah lagi mereka sering mempertika­ikan kelakuan Badrul yang tidak berlaku adil terhadap mereka.

Badrul mula pening. Dia cuba mencari jalan untuk menambah pendapatan.

Dia secara senyap memberi ceramah jualan di sebuah syarikat pesaing tempatnya bekerja.

Demi memenuhi kehendak dua isterinya, Badrul terpaksa berulangal­ik antara kedua-dua syarikat berkenaan. Oleh kerana terlalu sibuk dengan tugasan barunya, Badrul sering lewat pulang ke rumah. Masanya kini terlalu terhad untuk dibahagika­n antara isterinya dan kerja.

Ini menimbulka­n rasa curiga dalam diri Rita dan Ima. Mereka berpakat untuk mengintip segala pergerakan Badrul bagi memastikan apa yang diberitahu benar belaka.

Dalam kebingunga­n, tibatiba Badrul mendapat durian runtuh. Salim menawarkan jawatan lembaga pengarah syarikat, gaji tinggi dan mendapat saham syarikat 51 peratus tanpa mengeluark­an modal.

Dia begitu gembira lalu terus menerima tawaran itu tanpa berfikir panjang. Badrul yakin hidupnya kembali indah seperti sebelum ini. Dia mula mencari rumah untuk menempatka­n isteri keduanya, Ima.

Dia berjumpa seorang ejen hartanah bernama Fida. Dia seorang yang cantik, bergaya dan pandai bercakap seperti Badrul juga. Badrul teruja dan tertarik denga kecantikan dan keyakinan Fida.

Sejak pertemuan itu, Badrul banyak menghabisk­an masa bersama Fida. Fida pun melayan segala kerenah Badrul walaupun tahu dia berkemungk­inan menjadi isteri ketiga. Badrul ajak Fida berkahwin tetapi sebelum sempat apa-apa berlaku,

Rita dan Ima mengetahui rancangan Badrul lalu memulakan perang dan meminta cerai. Rakan Ima, Samy seorang peguam perceraian memberi nasihat kepada Ima supaya harta Badrul dibahagika­n sama rata.

Badrul terkejut dengan desakan penceraian dan agihan harta daripada isterinya. Dia tidak mahu hidup susah lagi dan tidak mahu hilang rumah yang baru dibeli melalui Fida.

Fida memberi idea untuk meletakkan rumah baru itu di bawah namanya untuk sementara sehingga kemelut ini berakhir dan Badrul bersetuju.

Sesudah Badrul selesai bercerai dengan Rita dan Ima, dia dikejutkan di pejabatnya dengan surat daripada peguam yang menyatakan syarikat Salim sebenarnya menanggung hutang yang banyak. Badrul cuba menghubung­i Salim tapi tidak berjaya. Kini barulah Badrul sedar yang dia teraniaya oleh katakata manis Salim. Badrul akan diisytihar­kan muflis jika tidak dapat membayar hutang syarikat. Sudah jatuh, ditimpa tangga pula.

Telemovie ini yang turut menampilka­n Acong Sweetchild, Anita Baharom, Atie AF, Fathil Dani, Watie Sadali dan Atty Sulaiman.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia