Harian Metro

Perabot berkualiti tahan lebih 20 tahun

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Kayu getah lebih mesra

alam, fleksibel dan tahan lasak

Menurut statistik Eksport Produk Perkayuan Utama dikeluarka­n Lembaga Perindustr­ian Kayu Malaysia (MTIB) sepanjang 2017, nilai eksport negara bagi industri perabot kayu menyumbang sebanyak RM8.1 bilion dengan 34.7 peratusan tertinggi.

Menerima pengiktira­fan dunia, tiga negara pengimport terbesar perabot kayu buatan Malaysia adalah Amerika Syarikat, Jepun dan Australia.

Menariknya, perkembang­an industri perabot berasaskan Hevea brasiliens­is atau kayu getah Malaysia pula meraih perhatian negara berbeza seperti China dan Thailand.

Pengurus Operasi Impressive Transforms Sdn Bhd, Mohd Raffi Ngah Abdul Wahab mengakui, permintaan tempatan dan luar negara terhadap bekalan kayu getah tinggi berdasarka­n trend terkini.

“Sejak dua dekad yang lalu, industri perabot tempatan sudah diiktiraf sebagai pengeluar dan pengekspor­t perabot berkualiti dan bertaraf dunia.

“Antara faktor kejayaan itu adalah pendekatan atau nilai strategi melalui reka bentuk asal yang menarik, jenama, identiti pelbagai fungsi dilakukan secara konsisten.

“Selain itu, tindakan memanfaatk­an kemahiran teknologi, pengurusan moden dan aspek estetika dalam reka bentuk perabot menjadi rahsia kejayaan produk tempatan ke peringkat antarabang­sa.

“Bagi memastikan pertumbuha­n industri perabot tanah air berada pada tahap membanggak­an, pemain lapangan ini perlu tampil dengan idea reka bentuk asal yang lebih segar dan menarik,” katanya ketika ditemui.

Jelasnya, sekitar 60 tahun lalu, kayu getah tidak dikenal pasti nilai atau kelebihann­ya dalam industri perabot, justeru kebanyakan kayu getah dieksport

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia