Harian Metro

4 lokasi menarik saksi Somei yoshino

- Susunan Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Kedatangan April sinonim dengan keindahan sakura yang kembang mekar ‘memayungi’ laluan pejalan kaki atau taman untuk dinikmati keunikanny­a.

Somei yoshino antara sakura paling popular dalam kalangan rakyat Jepun kerana warnanya putih dan merah jambu pucat. Begitu juga dengan sakura yamazakura, yaezakura dan shidarezak­ura.

Malah sakura turut menjadi bunga kebangsaan bagi negara matahari terbit itu.

Ilham Global kali ini berkongsik­an empat lokasi menarik di Jepun dan Korea Selatan yang menyaksika­n keindahan bunga itu.

1. NARA, JEPUN

Gunung Yoshino menjadi lokasi paling popular di Jepun untuk menyaksika­n keindahan bunga sakura. Dikatakan, pokok sakura pertama ditanam di pergununga­n berkenaan kira-kira 1,300 tahun lalu.

Gunung berlereng menghadap utara ini dibahagika­n kepada empat kawasan, Shimo Senbon, Naka Senbon, Kami Senbon dan Oku Senbon membolehka­n pengunjung menikmati kecantikan bunga sakura sepanjang perjalanan menuju ke gunung berkenaan.

Faktor gunung berlereng ini menghasilk­an keajaiban apabila proses bunga kira-kira 30,000 pokok sakura kembang secara berperingk­at bermula dari Shimo Senbon dan berakhir di Oku Senbon.

2. KYOTO, JEPUN

Philosophe­r’s Path adalah laluan berbatu yang menenang– kan terletak di utara daerah Higashiyam­a, Kyoto.

Laluan sepanjang dua kilometer ini bermula dari kuil Ginkakuji dan berakhir di kawasan kejiranan Nanzenji.

Menjelang awal April, Philosophe­r’s Path yang dipenuhi ratusan pokok bunga sakura menjadi tumpuan popular bagi acara hanami (adat tradisiona­l masyarakat Jepun yang menyaksika­n keindahan mekar sakura).

3. GYEONGSANG­NAM, BUSAN, KOREA SELATAN

Daerah Jinhae, Changwon, terkenal dengan penganjura­n Jinhae Gunhangje Cherry Blossom Festival yang sering berlangsun­g pada awal April selama 10 hari.

Lokasi utama festival bagi memperinga­ti kemenangan Laksamana Yi Sun Shin atas percubaan penceroboh­an Jepun adalah Jungwon Rotary dan pusat bandar Jinhae.

Selain itu juga, tarikan terletak di stesen kereta api Gyeonghwa yang bertema bunga sakura.

Kereta api ini hanya beroperasi sepanjang tempoh festival akan melalui terowong bunga-bungaan sepanjang 800 meter.

4. PULAU JEJU, KOREA SELATAN

Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) ini sememangny­a terkenal dengan keindahan semula jadinya, termasuk bunga sakura.

Pulau Jeju adalah lokasi pertama bermulanya musim bunga sakura mekar di Korea Selatan malah festival bunga itu turut diadakan secara tahunan di daerah Jeonnong.

 ??  ?? GUNUNG Yoshino menghasilk­an pemandanga­n
bunga sakura mekar secara berperingk­at.
GUNUNG Yoshino menghasilk­an pemandanga­n bunga sakura mekar secara berperingk­at.
 ??  ?? PHILOSOPHE­R’S Path jadi tumpuan di Kyoto.
PHILOSOPHE­R’S Path jadi tumpuan di Kyoto.
 ??  ?? LOKASI pertama bermulanya musim bunga di Korea Selatan.
LOKASI pertama bermulanya musim bunga di Korea Selatan.
 ??  ?? KERETA api di stesen Gyeonghwa beroperasi hanya sepanjang tempoh festival.
KERETA api di stesen Gyeonghwa beroperasi hanya sepanjang tempoh festival.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia