Harian Metro

Hydrangea simbol si jantung hati

-

Di Asia, pemberian bunga hydrangea atau bunga Siti Zubaidah berwarna merah jambu kepada seseorang menjadi simbolik bahawa penerima diibaratka­n ritma jantung si pemberi.

Lebih menarik, aktres popular, Blake

Lively turut memegang sejambak bunga hydrangea ketika melangsung­kan perkahwina­nnya.

Bunga kembang mekar nan cantik ini dikatakan berasal dari Jepun, kini ditanam secara meluas di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Memiliki antara 70 hingga 75 spesies, flora yang dikategori­kan pokok renek ini biasanya tumbuh dengan ketinggian satu hingga tiga meter.

Selalunya, bunga yang dikenali sebagai bunga tiga bulan ini kembang mekar pada awal musim panas sehingga pengakhira­n musim luruh.

Meskipun tampak cantik, bunga mempunyai pelbagai ton warna seperti ungu, merah jambu dan biru ini turut mempunyai toksik.

Popular sebagai tumbuhan hiasan di Jepun, lebih 600 jenis dipilih untuk menyerikan lagi taman dengan permainan warna bunga yang berbezabez­a.

Ramai keliru dengan rona bunga Siti Zubaidah ini, tetapi tahukah anda, warna bunganya sebenarnya boleh dikawal sekiranya kita mengubah tahap keasidan tanah.

Selalunya tukang kebun menggunaka­n bahan kimia seperti kapur atau aluminium sulfat bagi mengubah skala asid di sekitar tanaman, sekali gus menghasilk­an variasi rona bunganya.

Penambahan natrium karbonat (sodium carbonate Na2CO3) pada tanah juga mampu menghasilk­an bunga Siti Zubaidah yang berwarna pelangi.

Selain faktor pencahayaa­n dalam pembentuka­n kuntuman besar yang indah dan segar, bunga ini juga memerlukan bekalan air mencukupi.

 ??  ?? DIKATAKAN berasal dari Jepun.
DIKATAKAN berasal dari Jepun.
 ??  ?? RONA bunga hyrangea boleh dikawal.
RONA bunga hyrangea boleh dikawal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia