Harian Metro

Pelengkap tanaman hiasan, lasak

-

Salam Estetika kepada semua pembaca. Keadaan cuaca di negara kita yang agak panas dan berbahang sejak beberapa bulan ini memberikan kelebihan serta kebaikan kepada beberapa jenis tanaman hiasan.

Antaranya Bougainvil­lea spp atau lebih sinonim dengan masyarakat kita sebagai pokok bunga kertas. Tanaman ini dilihat sangat serasi dan ‘suka’ pada cuaca yang panas dan berbahang.

Tanaman hiasan yang unik ini mendapat namanya sempena nama seorang pelayar dari Perancis iaitu Louis-Antoine Comte de Bougainvil­le pada pertengaha­n abad ke 18.

Malah tanaman ini turut popular di kawasan tropika. Pada masa sama tanaman daripada famili Nytaginace­ae ini mempunyai pelbagai spesies bunga kertas beraneka warna yang menarik pada kelopak bunganya. Ia juga menyerlah dari sudut pandangan terutama ketika cuaca panas dan terik. Antara warna bunga kertas yang biasa terdapat di negara kita adalah merah, ungu, magenta, putih, jingga dan merah jambu.

Selain warna bunga

Kaedah biak bunga kertas agak mudah

iaitu hanya menggunaka­n keratan batang

menarik, daunnya juga mempunyai keunikan bukan sekadar hijau, malah ada yang berbelang hijau dengan putih. Kaedah penanaman turut dipelbagai­kan untuk memberikan keceriaan pada taman sama ada tanaman dibuat terus atas tanah atau dalam pasu.

Menariknya pokok bunga kertas juga turut sesuai ditanam di kawasan terbuka, pinggiran jalan dan kawasan perumahan. Ia antara tanaman yang menjalar. Sudah tentu ia menjadi pelengkap sebagai tanaman hiasan pada pintu gerbang taman malah ia juga terkenal antara tanaman yang agak lasak dan memerlukan cahaya penuh. Elakkan menanam bunga kertas ini di kawasan tidak menerima cahaya matahari yang banyak.

Kaedah untuk pembiakann­ya agak mudah iaitu hanya menggunaka­n keratan batang diambil dari bahagian pokok yang sihat dan kemudian disemai di tempat teduh. Selepas satu hingga dua bulan, bolehlah ditanam di kawasan yang anda inginkan. Anda juga pasti pernah menemui bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna pada satu pokok. Bagi mendapatka­n kepelbagai­an warna bunga seperti itu, kaedah pembiakann­ya agak berbeza iaitu menggunaka­n cantuman mata tunas. Mata tunas dipilih pada pokok yang mempunyai warna anda gemari, kemudian dicantum kepada pokok penanti mempunyai warna bunga kertas berbeza.

Seterusnya bagi menjaga tanaman ini supaya kekal sihat dan menarik, kaedah pembajaan yang sistematik mestilah dipatuhi. Penggunaan baja untuk pembungaan mestilah dilakukan setiap lima hingga enam bulan sekali. Kerja penyelengg­araan lain seperti cantasan dahan mati, membuang daun kering, menggembur­kan tanah sudah keras dan membuang rumpai juga perlu dilakukan dengan konsisten. Bagaimanap­un, elakkan menyiram air secara berlebihan kerana ia sedikit sebanyak mengganggu proses pembungaan tanaman itu.

 ??  ?? WARNA-warni di taman turut diserikan dengan kehadiran bunga kertas.
WARNA-warni di taman turut diserikan dengan kehadiran bunga kertas.
 ??  ?? MENCERIAKA­N persekitar­an taman.
MENCERIAKA­N persekitar­an taman.
 ??  ?? BUNGA kertas dilihat sangat serasi dan ‘suka’ pada cuaca yang panas dan berbahang.
BUNGA kertas dilihat sangat serasi dan ‘suka’ pada cuaca yang panas dan berbahang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia