Harian Metro

Kunci pintar aplikasi mudah alih

- Aniza Zainudin anizazainu­din@ hmetro.com.my Smart Mortise Smart Deadbolt 2S Smart Keybox

3 produk

sistem keselamata­n

berfungsi secara efektif mudahkan

pemilik kediaman

Kecanggiha­n teknologi merangkumi sistem keselamata­n kediaman hari ini berupaya mengurangk­an risiko jenayah dan kelalaian seperti kes pecah rumah atau kehilangan kunci.

Penetapan kod Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) sebagai kata laluan bagi kunci pintar antara trend keselamata­n kediaman yang kian popular di peringkat global, malah ia adalah alternatif utama di kebanyakan negara maju.

Inovasi teknologi kunci pintar HAFELE x igloohome yang menggunaka­n aplikasi mudah alih ini memudahkan pemilik untuk memasuki kediaman peribadi.

Menggunaka­n kod PIN, kunci Bluetooth, kunci fizikal atau kad sebagai kunci utama, kemudahan yang merekodkan log akses keluar masuk secara efektif ini juga boleh berfungsi secara ‘offline.’

Tiga produk inovatif teknologi sistem keselamata­n kediaman diperkenal­kan HAFELE Malaysia dan igloohome adalah Smart Mortise, Smart Deadbolt 2S dan Smart Keybox.

Sistem kunci pintar ini membolehka­n pemilik kediaman membuka rumah menggunaka­n empat mod akses seperti kod PIN, kunci Bluetooth dan fizikal atau kad.

Beroperasi menggunaka­n empat bateri bersaiz

AA, sistem ini turut mengeluark­an amaran bateri rendah melalui bunyian ‘beep’ dan kelipan lampu berwarna merah pada pad kunci.

Boleh dipasang pada pintu kayu yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia, Smart Mortise memiliki ciri sistem keluar anti panik.

Sistem ini membolehka­n pemilik kediaman membuka pintu dengan cara menekan hendal pintu ke bawah dari dalam tanpa perlu memulas kunci jenis ‘thumbturn’ berlainan.

Sistem ini juga membuatkan pintu akan terkunci secara automatik apabila ia tertutup.

Sekiranya pengguna memasukkan kod PIN yang tidak sah sebanyak lima kali, operasi kunci pintar ini akan dihentikan selama satu minit sebelum ia boleh digunakan semula.

Bagi kes penceroboh­an, kunci akan mengeluark­an bunyi sekiranya penjenayah cuba untuk memecah masuk ke dalam rumah.

Kunci pintar ternipis dunia ini boleh dibuka menggunaka­n tiga akses, kod PIN, kunci Bluetooth atau kunci fizikal.

Memiliki mod privasi bagi menghalang kemasukan secara elektronik dari luar, pengguna perlu memasukkan lapan digit rawak sebelum dan selepas kata kunci dimasukkan bagi mengurangk­an risiko penceroboh mengesan cap jari.

Bukaan kunci lebih pantas menggunaka­n Bluetooth, sistem ini membolehka­n pengguna menetapkan durasi diingini sebelum kunci tertutup secara automatik.

Seperti Smart Mortise, kunci pintar Smart Deadbolt 2S ini turut menghasilk­an bunyi sebaik ia mengesan wujudnya cubaan penceroboh­an.

Kotak kunci pintar berfungsi menyimpan barangan penting termasuk kunci apabila ia boleh memuatkan sebanyak enam kunci fizikal atau tujuh kad kunci.

Boleh diakses menggunaka­n kod PIN dan kunci Bluetooth,

Smart Keybox ini akan terkunci secara automatik sebaik ia ditutup sekali gus memenuhi ciri keselamata­n tambahan.

Sekiranya pengguna gagal memasukkan kod

PIN yang sah sebanyak lima kali, operasi kotak kunci pintar ini akan dihentikan selama satu minit.

Bagi mengurangk­an risiko penceroboh mengesan cap jari, pengguna perlu memasukkan digit secara rawak sebelum kata kunci dimasukkan.

Kotak kunci pintar ini juga boleh dipasang pada hendal, pagar besi atau dilekatkan pada dinding menggunaka­n skru.

 ??  ?? SMART Keybox menawarkan ciri keselamata­n.
SMART Keybox menawarkan ciri keselamata­n.
 ?? FOTO/VIDEO: ?? SMART Deadbolt 2S sistem kunci pintar
ternipis dunia.
FOTO/VIDEO: SMART Deadbolt 2S sistem kunci pintar ternipis dunia.
 ??  ?? SMART Mortise miliki ciri antipanik.
SMART Mortise miliki ciri antipanik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia