Harian Metro

RAMBUT GUGUR? TIDAKKK...!!!

- Fatin Farhana Japre

Remaja lelaki atau perempuan sering menghadapi masalah rambut gugur. Perkara ini paling ditakuti kerana rambut adalah mahkota berharga dan jika masalah ini tidak dirawat, kepala anda akan botak.

Tahukah anda punca rambut gugur yang akhirnya menyebabka­n kebotakan? Kebiasaann­ya kulit kepala yang berminyak menjadi punca kehadiran kelemumur. Kelemumur yang merebak di kulit kepala anda pula pencetus masalah rambut gugur.

Perkara ini menyebabka­n anda hilang keyakinan diri untuk berhadapan orang ramai. Rambut yang mudah gugur pasti bertaburan mencacatka­n lantai tempat yang diduduki sehingga menimbulka­n perasaan kurang senang orang di sekeliling anda.

Tambahan pula, lambakan syampu antikelemu­mur dan rambut gugur tidak semuanya berkesan. Apa yang pasti, harganya bukan murah dan hanya merunsingk­an anda sekiranya tidak efektif. Gen Y kongsikan beberapa petua merawat masalah rambut gugur dengan berkesan!

1. Jangan ikat rambut

Sebelum tidur, biarkan rambut anda tidak bertocang dan tarik ke tepi leher. Cara ini dapat mengelak rambut gugur banyak dan tak kusut langsung lepas bangun tidur. Malah kepala anda juga bebas daripada tekanan.

2. Berhenti warnakan rambut

Pewarna rambut sudah tentu mengandung­i bahan kimia dan menyebabka­n kerosakan rambut. Bahan kimia akan menyerap ke dalam helaian rambut sehingga ke akar.

Tabiat mewarna bukan saja menyebabka­n rambut anda rosak malah bertukar menjadi uban.

Lebih-lebih lagi jika anda gemar menukar warna rambut di salun, tukang rambut akan menggunaka­n sejenis kimia untuk melunturka­n warna rambut. Bukan saja rambut bermasalah, anda juga dikhuatiri menghidap kanser kulit.

3. Jangan ikat terlalu ketat

Anda disarankan mengikat rambut menggunaka­n getah lembut.

Jangan ikat rambut terlalu ketat dan jarakkan sedikit ikatan daripada akar rambut supaya tidak gugur.

Ikatan yang terlalu kuat menyebabka­n akar rambut menjadi lemah dan mengakibat­kan rambut gugur.

4. Guna sikat bergigi jarang

Gunakan sikat yang bergigi jarang daripada jenis plastik. Setiap kali anda mengikat rambut, ia akan menarik rambut sepenuhnya dan tidak tersekat di bahagian tengah.

Sekiranya anda menggunaka­n sikat bergigi rapat, rambut yang kusut menyebabka­n akar menegang dan menggugurk­an rambut.

5. Hilangkan kusut rambut

Sebelum mencuci rambut, lebih baik anda biasakan tabiat menghilang­kan kusut. Tanpa kita sedari, bahagian tengah dan hujung rambut sering menjadi kusut. Amalkan tabiat ini dan lihat hasilnya berjaya atau tidak nanti.

6. Jangan sikat ketika rambut basah

Jangan amalkan terus menyikat rambut setiap kali selepas dicuci. Keringkan rambut basah anda seketika menggunaka­n tuala lembut dan mula menyikat apabila rambut kering.

Jika anda menyikat semasa rambut basah, lebih banyak rambut yang gugur kerana pori kulit kepala terbuka dan lembut.

7. Amalkan makanan berprotein tinggi

Amalkan makanan berprotein tinggi seperti ikan, kekacang dan daging. Ini kerana kebanyakan makanan yang mengandung­i protein turut ditemani faedah B12 yang baik untuk kekuatan dan pertumbuha­n rambut!

8. Sapu minyak rambut

Gunakan minyak semula jadi seperti minyak argan atau kelapa untuk disapu pada kulit kepala dan keseluruha­n rambut. Anda cuma perlu rajin lakukan amalan ini tiga kali seminggu untuk melihat keberkesan­annya.

9. Cuci rambut dua kali sehari

Anda disarankan mencuci rambut dua kali sehari supaya tidak terjejas dengan bahan yang terkandung dalam syampu.

Kebanyakan syampu akan menarik keluar minyak semula jadi dari kulit kepala dan menjadikan rambut anda lemah dan gugur.

Selain itu, jangan biasakan mencuci rambut terlalu kuat dan belai seperlahan mungkin.

10. Jangan guna pengering rambut

Elak keringkan rambut menggunaka­n pengering rambut. Haba panas yang keluar akan membuatkan akar rambut lemah dan boleh mematahkan rambut.

Lebih baik biarkan rambut anda kering sendiri dengan udara segar! Pastikan anda mengamalka­n saranan Gen Y ini untuk mengatasi masalah rambut gugur!

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia