Harian Metro

BERLIAN EKSkLUSIF SERLAH PEMAKAI

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Setiap wanita menampilka­n keanggunan berbeza mengikut cara tersendiri. Ada yang menyerlah menerusi busana dan solekan tidak kurang juga dengan pemakaian set barang kemas yang menjadikan pemakai kelihatan mempesonak­an.

Sebagai jenama barangan kemas terkemuka di Malaysia sekali lagi Habib melancarka­n kempen tahunan Pesta Berlian Habib 2018 bertempat di Ruang Legar Utama Suria KLCC, Kuala Lumpur sebagai penghormat­an kepada bulan kelahiran permata dan berlian April ini.

Melalui kempen ini, Habib turut berkongsi secara terbuka mengenai keindahan dan nilai berlian bagi membolehka­n pelanggan membuat keputusan tepat apabila membeli berlian. Pada masa sama pertunjuka­n fesyen koleksi terkini Habib turut diadakan buat tatapan tetamu.

Antara koleksi diperagaka­n adalah berlian eksklusif Habib Majestic Garden, iaitu rekaan terbaru Habib, dihasilkan menggunaka­n padanan emas putih dan emas ros. Tidak ketinggala­n, Hearts On Fire iaitu potongan berlian paling sempurna di dunia, diedarkan secara eksklusif di Malaysia oleh Habib yang mendapat permintaan ramai. Kilauan berlian Habib membuatkan si pemakai persis seorang bintang selain menyerlah dalam apa juga acara.

Menurut Pengarah

Urusan Habib, Datuk Seri Meer Habib, bagi menjadikan kempen ini lebih hebat daripada sebelumnya,

Habib menampilka­n rekaan mempesonak­an menggunaka­n permata anggun berkualiti dan terkini.

Setiap rekaan mempunyai keunikanny­a yang tersendiri apabila semua berlian dipotong dengan ketepatan yang betul untuk menghasilk­an kilauan menarik. Setiap potongan diberikan rekaan unik sesuai menggambar­kan personalit­i wanita yang anggun dan jelita.

“Selain melancarka­n perhiasan terkini kempen ini bertujuan menyerlahk­an keanggunan berlian yang menjadi pelengkap gaya wanita. Kami ingin wanita tampil mempesona dengan memakai barang kemas berlian Habib. Anggapan setiap pelanggan Habib mempunyai keunikan tersendiri turut memberi inspirasi kepada jenama unggul ini menghasilk­an pelbagai koleksi berlian bagi menghadirk­an pengalaman mengujakan,” katanya yang merasmikan acara petang itu. Majlis turut dihadiri Datin Sri Zarida Noordin dan selebriti tanah air.

Pesta Berlian Habib yang bermula dari 1 April hingga 1 Mei 2018 menawarkan pelbagai koleksi berlian dengan diskaun sehingga 70 peratus untuk koleksi berlian dan batu permata serta potongan RM8 sehingga RM20 setiap gram untuk emas 916 dan 999.

Habib turut menawarkan koleksi berlian bersijil pada harga terendah dan dengan setiap pembelian RM5,000 ke atas di dalam satu resit, pelanggan akan membawa pulang hadiah istimewa.

Sempena kempen ini juga, selain pameran, jualan barang kemas turut diadakan di Ruang Legar Utama Suria KLCC bermula dari 29 Mac hingga 8 April 2018. Pelanggan berpeluang menjadi antara yang pertama melihat koleksi barang kemas terbaru Habib untuk tahun ini.

Pesta berlian

bantu wanita buat keputusan

tepat

 ??  ??
 ??  ?? SET rantai dan gelang anggun mempesona.
SET rantai dan gelang anggun mempesona.
 ??  ?? MODEL memperagak­an koleksi barang kemas terbaru Habib.
MODEL memperagak­an koleksi barang kemas terbaru Habib.
 ??  ?? PEMAKAIAN barang kemas menjadikan wanita persis seorang bintang.
PEMAKAIAN barang kemas menjadikan wanita persis seorang bintang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia