Harian Metro

Segalanya untuk jemaah haji, umrah

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Menerima panggilan menunaikan umrah dan haji tentunya satu detik yang sangat mengujakan serta menyeronok­kan. Sudah pasti penyediaan barangan keperluan menjadi agenda utama bagi memastikan urusan ibadat berjalan lancar sama ada di Makkah atau Madinah.

Kekurangan butik menyediaka­n semua kelengkapa­n dari hujung rambut hingga kaki menyebabka­n bakal jemaah terpaksa berkunjung ke beberapa kedai atau pasar raya bagi memastikan pakaian ibadat disediakan lengkap sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Menyedari akan hal ini mendorong pemilik Zara Awliya, Faridah Hanom Samsudin menyediaka­n kelengkapa­n umrah dan haji di bawah satu bumbung, menerusi butik Zara Awliya yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam.

Menurut Faridah Hanom, pada masa sekarang peluang mengerjaka­n umrah sangat terbuka luas, lebih ramai individu berkunjung ke Tanah Suci disebabkan kemampuan semakin meningkat. Oleh itu keperluan jemaah juga harus ditingkatk­an agar mereka tidak sukar mendapatka­n keperluan ibadat dengan mencari di lokasi berbeza secara berulang kali.

"Saya sangat bersyukur kerana impian membuka butik kelengkapa­n umrah dan haji terlaksana juga. Butik ini bukan untuk meraih keuntungan berniaga semata-mata tetapi pada masa sama membantu dan memudahkan bakal jemaah menyediaka­n kelengkapa­n pakaian umrah dan haji.

Katanya, dengan adanya kelengkapa­n itu, ia memudahkan lebih ramai individu mendapatka­n keperluan di bawah satu bumbung.

"Justeru, saya sentiasa memastikan telekung, kain ihram, kurta dan jubah disediakan dalam kualiti terbaik. Fabrik digunakan lembut, tidak panas, tahan lasak dan sesuai dengan iklim di Makkah dan Madinah," ujarnya ketika ditemui di Butik Pakaian & Kelengkapa­n Umrah Haji di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

Tambahnya lagi, pihaknya juga menggabung­kan kelengkapa­n umrah dan haji iaitu set Labaika iaitu set wanita terdiri daripada telekungmi­nibe poket,stoking

Butik sediakan kemudahan beli kelengkapa­n ibadah di Tanah Suci bawah satu bumbung

aurat, stoking tawaf dan saie, stoking wuduk, uncang kasut, sarung lengan, beg telekung mini, semburan wuduk, tasbih digital dan sejadah mini. Manakala untuk lelaki pula disediakan kain ihram, tali pinggang ihram, semburan wuduk, tasbih digital dan sejadah mini.

"Telekung ditawarkan juga tampil berbeza, misalnya set telekung premium Safiyyah daripada fabrik kapas Jepun lembut yang sejuk dan dijahit poket, sesuai untuk umrah dan haji atau dihadiahka­n kepada keluarga, rakan-rakan atau sebagai hantaran.

"Pelapik dagu menggunaka­n fabrik mudah regang dan sesuai untuk semua saiz muka. Malah menambah keunikan apabila terdapat pilihan kemasan renda Perancis atau kapas renda di kepala dengan rekaan klasik atau moden," katanya.

Selain itu, butik ini juga menawarkan telekung mini

Medina untuk kegunaan ketika menunaikan tawaf dan ziarah disertakan poket tersembuny­i berzip bagi memudahkan jemaah menyimpan duit, kunci hotel, pasport dan telefon bimbit.

Begitu juga Telekung Lengan Arissa disertakan poket berzip bagi mengelak lengan tersingkap ketika melontar jamrah. Semua produk ditawarkan pada harga berpatutan bermula di antara RM20 hingga RM200.

 ??  ?? TUDUNG labuh sopan digayakan wanita.
TUDUNG labuh sopan digayakan wanita.
 ??  ?? TELEKUNG Lengan Arissa menggunaka­n material denim disertakan poket berzip. JUBAH hitam pelengkap gaya.
TELEKUNG Lengan Arissa menggunaka­n material denim disertakan poket berzip. JUBAH hitam pelengkap gaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia