Harian Metro

Malar segar tudung 4 segi

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Ketengah fabrik kapas bawal Jepun dengan susunan

batu ringkas sangat praktikal dipakai

Gaya dan fesyen sentiasa bertukar. Boleh jadi potongan yang dulunya menjadi trend dan diminati ramai tidak lagi menjadi pilihan buat masa ini.

Kalau dulu perubahan gaya mungkin mengambil masa lama untuk berkembang dan kembali dengan sentuhan baru, namun kini segalanya berputar pantas.

Ingat lagi zaman kegemilang­an tudung segi empat? Sekejap berenda, kemudian bersulam, ada waktunya bermanik, dihias taburan sekuin, kristal, akhirnya polos, pucci dan berjurai reben.

Tidak kira apa saja perincian dan corak, tudung segi empat memang mempunyai peminatnya yang tersendiri. Berbanding selendang, tudung potongan ringkas ini lebih mudah dipakai. Paling utama, ia tidak memerlukan banyak pin dan cukup selesa disarung ke kepala untuk tempoh lama.

Ketika banyak jenama hijab dengan pelbagai bentuk dan perincian muncul di pasaran,

Tudung Khan terus positif membina populariti tudung empat segi dengan susunan batu ringkas.

Mengetenga­hkan fabrik jenis kapas bawal Jepun yang selesa, tudung ini dihasilkan mengikut saiz praktikal dengan pelbagai pilihan warna menarik.

Uniknya, tudung ini lebih mudah dibentuk dan nampak cukup eksklusif dengan perincian minimum kristal Swarovski bersama butiran charm sebagai pemberat di penjuru fabrik.

Melengkapk­an pemakaian tudung, jenama ini turut menawarkan pilihan anak tudung jenis topi salji dan potongan labuh yang dihasilkan daripada fabrik kapas Itali.

Bagi mereka yang mahukan lebih gaya pada penampilan, mungkin bawal sifon berat boleh menjadi pilihan. Jenis tudung ini dikatakan menjadi idaman ramai wanita, khususnya mereka yang aktif di media sosial.

 ??  ?? ANAK tudung jenis topi salji.
ANAK tudung jenis topi salji.
 ??  ?? SUSUNAN batu kristal menaikkan
seri pemakai.
SUSUNAN batu kristal menaikkan seri pemakai.
 ??  ?? BUTIRAN charm di hujung penjuru sebagai pemberat.
BUTIRAN charm di hujung penjuru sebagai pemberat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia