Harian Metro

Barang kemas koleksi Bombay bawa keceriaan

-

Akshaya Tritiya, yang jatuh pada 18 April ini, dianggap sebagai hari bertuah dan suci untuk masyarakat beragama Hindu. Perkataan Akshaya bermaksud

‘tidak pernah berkurang’, dipercayai membawa nasib baik dan kejayaan.

Oleh itu ramai di antara mereka percaya membeli emas pada hari ini bakal membawa kemakmuran dan kekayaan pada masa akan datang. Bagi meraikan peristiwa mengagumka­n ini, Poh Kong melancarka­n barang kemas koleksi Bombay dan kepingan emas yang elegan dari siri Tranz Classic.

Koleksi Bombay terdiri daripada set barang kemas 916 adalah anting-anting dan kalung yang membawa makna kegembiraa­n kepada si pemakai.

Kemewahan koleksi ini sukar digambarka­n menerusi kilauan keemasan memikat dan memberikan keceriaan kepada wanita. Selain itu campuran emas berwarna melambangk­an kemakmuran terutama kepada individu yang percaya mengenai Akshaya Tritiya dan menyambutn­ya dengan rasa gembira.

Koleksi Tranz pula adalah siri klasik yang memberi penekanan kepada ekspresi diri dan keperibadi­an menerusi gaya dan potongan kontempora­ri. Ia juga adalah koleksi barang kemas emas pertama dan terkemuka dengan 22 karat. Tranz terdiri daripada empat tema reka bentuk berbeza iaitu klasik, semula jadi, cinta dan berpasanga­n.

Sejajar dengan perayaan Akshaya Tritiya, dua item daripada siri Tranz Classic dipilih bagi melengkapi gaya mewah wanita. Sepasang barangan kemas pastinya memberikan keanggunan mempesona kepada si pemakai.

 ??  ?? KOLEKSI Bombay kalung, cincin dan anting-anting mewah.
KOLEKSI Bombay kalung, cincin dan anting-anting mewah.
 ??  ?? KILAUAN emas
memikat hati.
KILAUAN emas memikat hati.
 ??  ?? MENGGAMBAR­KAN kegembiraa­n wanita.
MENGGAMBAR­KAN kegembiraa­n wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia