Harian Metro

Kurta moden tonjol ketampanan

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Rekaan sesuai semua acara dengan potongan muat padan jadi pilihan terkini

Dahulunya kurta sinonim dengan masyarakat India manakala jubah lelaki Arab. Lama-kelamaan apabila potongan ini diperbahar­ui dan diubah suai mengikut kehendak si pemakai, busana ini tampil lebih moden dan sesuai digayakan untuk semua cara.

Malah saban tahun rekaan kurta tampil segar apabila diberikan nafas baru menerusi penggunaan fabrik berkualiti dengan potongan memikat.

Menyedari pemakaian kurta tidak hanya digayakan untuk acara keraian, mendorong pemilik jenama AdreanaRos­e,

Nor Rosniaty Othman menghasilk­an rekaan kurta moden dan sesuai untuk semua acara.

Tampil dengan 10 rekaan berbeza potongan dan warna, jelas Nor Rosniaty, idea untuk setiap kurta diperoleh apabila menyedari lelaki juga ingin berhias ringkas, namun masih menonjolka­n ketampanan mereka. Kemeja-T, kemeja dan jaket antara busana yang sering dipakai sama ada ke pejabat atau acara santai.

"Mengambil kira konsep ini saya menerapkan elemen ringkas pada kurta apabila ia boleh dipadankan dengan denim dan slack sama seperti pakaian harian mereka. Potongan muat padan (mengikut bentuk badan) menjadi kegilaan anak muda hari ini. Jadi setiap kurta kelihatan segak dan serasi tubuh apabila digayakan," katanya.

Menggunaka­n kapas lembut setiap potongan diberikan kelainan pada lengan, kolar, hujung lengan, butang dan juga belakang baju. Ada rekaan berkolar, disertakan butang baju Melayu untuk kelihatan elegan dan sesuai dipakai ke pejabat. Lipatan pada sisi baju mencetuska­n elemen segar untuk gaya sempurna. Malah jejaka pasti inginkan penampilan mereka

'kena gaya' dan menarik perhatian.

Selain kurta menjelang Aidilfitri, jenama ini turut menyediaka­n padanan baju Melayu menggunaka­n fabrik satin dan kapas. Masih mengekalka­n potongan muat padan, setiap rekaan menampilka­n empat warna berbeza, pastinya menjadi warna kesukaan jejaka.

"Baju Melayu ini mempunyai zip tepi dan belahan belakang sama seperti rekaan kemeja.

Ini membolehka­n ia digayakan dengan denim atau slack bagi mereka yang tidak ingin memakai sepasang," katanya.

 ??  ?? BAJU Melayu meraikan acara keraian. BAJU Melayu dengan perincian lipatan pada sisi baju untuk jejaka yang mementingk­an gaya. POTONGAN muat padan serasi untuk semua bentuk badan. SEPASANG baju Melayu lengkap untuk meraikan perayaan.
BAJU Melayu meraikan acara keraian. BAJU Melayu dengan perincian lipatan pada sisi baju untuk jejaka yang mementingk­an gaya. POTONGAN muat padan serasi untuk semua bentuk badan. SEPASANG baju Melayu lengkap untuk meraikan perayaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia