Harian Metro

LETUP 4 KALI

- Recqueal Raimi cnews@nstp.com.my

Guru tadika sempat ambil beg tangan sebelum lari selamat diri

“Suis utama meletup empat kali sebelum api marak menyebabka­n saya dan seorang lagi pekerja mengambil beg tangan masing-masing sebelum lari menyelamat­kan diri,” kata Arliana Arshad, 29.

Guru tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Kampung Labuan di sini, itu sempat menyelamat­kan diri selepas menyedari kejadian terbabit pada jam 4.45 petang kelmarin.

Ketika itu, Arliana bersama seorang pembantu guru menyiapkan lukisan mural di bangunan tadika berkenaan.

“Mujur ketika kejadian semua murid sesi petang sudah pulang ke rumah masing-masing,” katanya.

Menurutnya, tadika berkenaan baru sahaja diubah suai untuk menampung lebih 50 kanak-kanak sesi pagi dan petang.

“Saya sudah memaklumka­n kepada semua ibu bapa mengenai kejadian itu dan Pengarah KEMAS negeri akan memutuskan untuk mencari tempat belajar lain bagi kanak-kanak tadika ini sementara menunggu kerja membaikiny­a dijalankan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.47 petang sebelum menghantar 13 anggota bersama dua jentera ke lokasi.

“Sebaik tiba, bomba mendapati api marak pada bangunan jenis separuh kekal itu dan segera memulakan operasi memadam.

“Tadika terbabit musnah 90 peratus namun tiada mangsa dilaporkan cedera dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya sambil memberitah­u operasi ditamatkan pada jam 6.06 petang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia