Harian Metro

SABAH BUBAR DUN

- Mohd Izham Unnip Abdullah, Suzianah Jiffar dan Norasikin Daineh cnews@nstp.com.my

Sabah mengumumka­n pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini bagi membolehka­n pilihan raya negeri diadakan serentak dengan Parlimen.

Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Tan Sri Musa Aman mengumumka­n pembubaran itu di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya dekat sini, kira-kira jam 3 petang semalam.

Beliau sebelum itu menghadap Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri bagi menyembah surat dan memohon perkenan pembubaran DUN dan dilihat memasuki pekarangan istana pada jam 2.43 petang sebelum keluar 10 minit kemudian.

Ketika mengumumka­n pembubaran DUN, Musa berkata, ia bagi membolehka­n kerajaan mendapatka­n mandat baru daripada rakyat selepas lima tahun memberikan khidmat.

“Selepas lima tahun kita berbakti, berkhidmat dan mengabdika­n diri kepada perjuangan membela nasib rakyat dan memajukan Sabah yang tercinta ini, kini tibalah masanya kita menyerahka­n kembali mandat kepada rakyat,” katanya, semalam.

Musa turut merakamkan ucapan penghargaa­n dan terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama, sokongan dan komitmen tinggi kepada kerajaan negeri dalam menjayakan agenda pembanguna­n untuk kesejahter­aan rakyat selama ini.

Beliau juga berharap agar kerjasama, sokongan, komitmen dan kepercayaa­n akan terus diberikan kepada BN menerusi mandat yang besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) demi menjamin kesinambun­gan pembanguna­n untuk kesejahter­aan rakyat.

Sementara itu, beliau berkata, tindakan undang-undang berkaitan 13 kerusi tambahan DUN Sabah yang diluluskan sebelum ini tidak menjejaska­n pembubaran DUN.

Menurutnya, 60 kerusi DUN Sabah masih sah kerana Parlimen belum meluluskan kerusi tambahan atau mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Tindakan bagi membolehka­n pilihan raya negeri diadakan serentak dengan Parlimen

 ??  ?? MUSA mengumumka­n pembubaran DUN Sabah selepas mendapat perkenan Tun Juhar di Sri Gaya.
MUSA mengumumka­n pembubaran DUN Sabah selepas mendapat perkenan Tun Juhar di Sri Gaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia