Harian Metro

MEMBURU MANDAT BARU

Kerajaan BN bukti wibawa teraju negara enam dekad

- Johari Ibrahim, Nasharuddi­n Muhammad, Azura Abas, Mohd Husni Mohd Noor, Irwan Shafrizan Ismail, Hidir Reduan, Zanariah Abd Mutalib, Mohd Iskandar Ibrahim,Siti A'isyah Sukaimi, Suhaila Shahrul Annuar, Luqman Arif Abdul Karim, Fairuz Mohd Shahar, Arfa Yunus

Datuk Seri Najib Razak berjanji dan berikrar melakukan yang terbaik dan lebih baik daripada sebelumnya jika kemenangan sekali lagi berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri berkata, BN sedia melakukan transforma­si lebih besar, inklusif lagi komprehens­if kepada rakyat serta negara bagi memastikan perjalanan transforma­si tidak terhenti setakat di sini.

Katanya, dunia berubah dan negara serta rakyatnya tidak boleh lagi berundur ke belakang, sebaliknya mesti sama-sama meneruskan kejayaan transforma­si inklusif negara ini menuju masa depan lebih cerah.

“Seandainya rakyat terus memberi mandat, memilih kerajaan BN sedia ada untuk kekal memerintah bagi tempoh lima tahun ke hadapan, maka insya-Allah, saya bersama pucuk pimpinan, sesungguhn­ya kami menjanjika­n terus menyempurn­akan tugas dengan lebih berkesan dan unggul, demi mengangkat maruah dan martabat negara terjulang gagah, sebagai 20 negara terbaik lagi terhebat di persada dunia menjelang TN50 (Tranformas­i Nasional 2050).

“Lantaran itu, saya berikrar dan berjanji selaku ketua kerajaan, bersama pucuk pimpinan bahawa kita membangunk­an negara ini dari Perlis sampai ke Sarawak membawa ke Sabah, agar tiada satu pun kawasan atau rakyat yang ketinggala­n, atas prinsip no one is left behind,” katanya pada sidang media khas di Perdana Putra di sini, semalam.

Kami menjanjika­n terus menyempurn­akan tugas dengan lebih berkesan

dan unggul

Najib Razak

Perdana Menteri berkata, beliau dan timbalanny­a, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta pimpinan BN mula turun menjelajah di seluruh tanah air bagi memberi penerangan dan meyakinkan rakyat mengenai manifesto dan hala tuju negara yang dirancang teliti oleh BN agar diberi mandat membentuk kerajaan kuat dan stabil dengan majoriti kukuh.

“Jika rakyat berfikir waras dan bukan emosi, kita menyeru semua menilai sewajar-wajarnya sekian banyak usaha dilakukan kerajaan BN yang stabil, berpengala­man luas serta berasaskan track record terbukti cemerlang sehingga ke persada dunia, sejak enam dekad lalu, terutama sejak sembilan tahun lalu.

“Antara sekian banyak usaha dan pencapaian cemerlang itu, kita memastikan keamanan dan keselamata­n, keharmonia­n serta kestabilan dan kemakmuran negara teguh terjamin lagi terpelihar­a, kita berupaya meningkatk­an kualiti kehidupan rakyat menjadi lebih bahagia serta sejahtera, malah kita juga mempunyai pelan rancangan masa depan yang sangat hebat lagi tersusun rapi.

“Atas keyakinan itu, saya tegaskan, sepanjang tempoh separuh dekad akhir ini, kita bukan saja mampu deliver dengan pelbagai pencapaian dan kejayaan, malah saya dengan beraninya mengatakan bahawa we have delivered and we will continue to deliver,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia