Harian Metro

UNIVERSITI MALAYA KATA TAK ADA

UM nafi Boy Iman calon PhD

- Mohd Azam Shah Yaacob news@nstp.com.my

Universiti Malaya (UM) menafikan pelakon, Noruliman A Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman adalah seorang daripada calon atau penuntut peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pentadbira­n Perniagaan (Secara Penyelidik­an) di universiti itu.

Pejabat Komunikasi Korporat UM dalam satu kenyataan, di sini, semalam, menyatakan semakan yang dibuat mengesahka­n tiada pendaftara­n atas nama individu berkenaan sebagai calon PhD di UM.

Malah, kad pengenalan penuntut UM yang dipamerkan pelakon berkenaan dalam laman sosial peribadiny­a disahkan sebagai palsu.

UM dalam kenyataan itu turut menyatakan kad pengenalan rasmi penuntut UM adalah berbeza dan tidak seperti dipaparkan Boy Iman dalam laman sosial berkenaan.

“Dalam kad pengenalan rasmi penuntut UM, maklumat tertera adalah membabitka­n gambar, nama, nombor pelajar serta nombor kod bidang diambil.

“Kad pengenalan rasmi penuntut UM tidak akan memaparkan nama bidang atau jurusan diambil terutama jika membabitka­n peringkat doktor falsafah,” katanya.

Pada 30 Mac lalu, Boy Iman memuat naik sekeping gambar kad penuntut UM di laman sosialnya konon sebagai bukti kepada orang ramai yang dia menyambung pengajian peringkat PhD.

Dalam status itu, Boy Iman menulis kenyataan berbunyi ‘Buat mereka yang bergelar pakcik bawang & makcik bawang.. Hadiah untuk anda! Juga hadiah untuk saya sebab birthday saya dah dekat.. 2hb April ni’.

Namun status dimuat naik pelakon itu sudah dipadam selepas UM mengeluark­an kenyataan rasmi.

Sementara itu, Boy Iman masih bermain teka-teki terhadap status dimuat naiknya itu.

Ketika dihubungi, di sini, semalam, pelakon berusia 38 tahun itu enggan mengulas mengenai kenyataan rasmi UM yang menafikan dia calon PhD di universiti berkenaan.

“Kalau saya komen, orang kata saya putar belit kenyataan. Saya tidak mahu mengeruhka­n lagi keadaan.

“Biarlah masa menentukan. Dalam enam bulan akan datang, kebenaran akan timbul,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? KENYATAAN pihak UM melalui laman Facebook rasmi mengenai status dimuat naik Boy Iman.
KENYATAAN pihak UM melalui laman Facebook rasmi mengenai status dimuat naik Boy Iman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia