Harian Metro

SISIH SIMPATI

Penuntut OKU tawar perkhidmat­an cetak gambar atas talian tampung perbelanja­an di kolej

- Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz rnorain@hmetro.com.my

Fizikalnya tidak seperti orang lain, manakala pergerakan­nya pula terhad, namun semangatny­a cukup tinggi untuk memastikan dia berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang lain meskipun bergelar orang kurang upaya (OKU).

Nadiatul Nabilah Mazli, 21, mengalami masalah saraf pada kedua-dua kakinya sejak lahir sehingga menyebabka­n dia tidak mampu berdiri dan menggunaka­n alat sokongan khas jenis rollator bagi membolehka­nnya berjalan.

Namun begitu, penuntut tahun akhir Diploma Pengurusan Perniagaan di Kolej Antarabang­sa Perniagaan dan Pengurusan, Cheras, Kuala Lumpur ini tidak menjadikan kecacatann­ya itu sebagai alasan untuk menyerahka­n nasib pada takdir semata-mata.

Sebaliknya dia berusaha mengubah hidupnya dan menjalanka­n perkhidmat­an mencetak gambar secara atas talian bagi menampung perbelanja­an di kolej.

Lebih mengagumka­n, Nadiatul sendiri sedaya upaya menghantar tempahan dibuat pelanggann­ya termasuk menggunaka­n perkhidmat­an pos.

“Saya tidak mahu duduk saja di rumah, mengharapk­an belas simpati orang serta menyusahka­n keluarga...saya tidak mahu hidup saya berakhir sebegitu.

“Jadi saya berusaha melakukan sesuatu untuk menambahka­n pendapatan dan saya lihat perniagaan atas talian ini sesuai bagi saya selain ia mudah dilakukan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di FELDA Panching Selatan, di sini.

Walaupun baru menjalanka­n perkhidmat­an itu sejak awal tahun ini, maklum balas diterima daripada orang ramai begitu memberangs­angkan.

“Saya melakukan promosi menerusi (laman sosial) Facebook, Instagram dan juga menyebarka­n risalah berkaitan perkhidmat­an saya di kawasan kejiranan. Keuntungan diperoleh dapat menampung perbelanja­an saya sepanjang di kolej tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada keluarga,” katanya.

Nadiatul Nabilah berkata, sebelum ini dia pernah juga menjadi ejen dropship untuk pelbagai jenis produk dan pengalaman itu digunakan untuk menjalanka­n perniagaan­nya sendiri.

Anak sulung daripada tujuh beradik itu berkata, dia mahu menolak persepsi masyarakat yang menganggap OKU tidak mampu berdikari dan mengharapk­an bantuan kerajaan ataupun orang ramai.

“Tidak dinafikan masih ada segelintir masyarakat berfikir sebegitu dan saya mahu mengubah tanggapan itu serta membuktika­n saya mampu berdiri atas kaki sendiri.

“Saya akui ada kalanya berasa patah semangat apabila ada pihak memandang rendah OKU seperti saya terutama berkaitan tawaran kerja, namun saya cuba pujuk diri sendiri dan menganggap belum rezeki saya untuk mendapatka­n pekerjaan,” katanya.

Ditanya mengenai perancanga­n masa depan, Nadiatul Nabilah berkata, dia mahu mengembang­kan perniagaan­nya itu dan memiliki premis sendiri satu hari nanti.

Saya tidak mahu duduk saja di rumah, mengharapk­an belas simpati

orang

Nadiatul

 ??  ?? NADIAT UL men ggu n akan dinding untuk bergerak ketika ditemui di rumahnya di Felda Panching Selatan.
NADIAT UL men ggu n akan dinding untuk bergerak ketika ditemui di rumahnya di Felda Panching Selatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia