Harian Metro

TINGGAL ‘PESANAN’ TERAKHIR

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@nstp.com.my

“Semoga kasih sayang antara anak-anak kekal ke akhir hayat,” itu status terakhir dimuat naik Mazliana Rizal, 34, di laman sosial Facebook (FB) miliknya sehari sebelum kemalangan meragut nyawanya dan suami di Lebuhraya Pantai Baharu (NPE) dekat Kampung Datuk Harun, di sini, malam kelmarin.

Nahas kira-kira jam 10.30 malam itu menyebabka­n tiga anak Mazliana dan pasanganny­a, Umar Hanafi Sapit Noor, 34, masing-masing berusia setahun, lima dan enam tahun menjadi yatim piatu sekelip mata.

Abang ipar Mazliana, Khairul Anuar Md Yunus, 37, berkata, status FB berkenaan seolah memberi gambaran supaya anak Mazliana menjaga hubungan silaturahi­m antara satu sama lain.

“Mungkin status itu bersama beberapa gambar dia (Mazliana) dengan anaknya itu dimuat naik secara kebetulan. Namun, ia seolah memberi pesanan kepada anak-anak arwah supaya sentiasa berkasih sayang.

“Saya tidak menyedari status FB itu sebelum ini. Saya hanya membacanya pagi tadi (semalam),” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti

Malaya (PPUM), di sini, semalam.

Kemalangan dikatakan berlaku ketika Umar

Hanafi bersama isterinya menunggang sebuah motosikal dari arah Kuala Lumpur menghala ke arah Subang.

Motosikal itu bagaimanap­un terbabas menyebabka­n kedua-dua mangsa terjatuh dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pasangan terbabit dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Bukit Cerakah, Seksyen U15,

Shah Alam, semalam. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Selangor Superinten­dan Azman Shari’at berkata, nahas berlaku di Kilometer 18.3, Lebuhraya NPE.

“Siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa terbabas ke kiri jalan. Penunggang dan pembonceng meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan kejadian. Pihak kami juga sedang mengesan saksi bebas untuk membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut

Seksyen 41 (1) A Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Wanita memuat naik status di FB sebelum

maut kemalangan bersama suami

 ??  ?? KEADAAN motosikal mangsa selepas terbabit
kemalangan. ARWAH Umar dan
Mazliana yang dirakam bersama dua anak mereka.
KEADAAN motosikal mangsa selepas terbabit kemalangan. ARWAH Umar dan Mazliana yang dirakam bersama dua anak mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia