Harian Metro

INSENTIF DOMPET RAKYAT

-

 Gaji minimum dipertingk­at kepada RM1,500, kadar cukai pendapatan disemak semula

Peningkata­n gaji minimum pekerja secara berperingk­at kepada sekurang-kurangnya RM1,500 terkandung dalam akujanji Teras Pertama: Ekonomi Keperluan Rakyat berbanding sebelum ini hanya RM1,000 sebulan.

Akujanji itu terkandung dalam teras utama manifesto iaitu Kita Utamakan Ekonomi Hidup Rakyat menerusi inisiatif Dompet Rakyat yang mana bertemakan Hari ini kita tambahkan pendapatan dompet rakyat, Hari esok lebih ringan beban kos sara hidup.

Antara lain terkandung dalam inisiatif itu ialah menubuhkan

untuk menentukan paras gaji pekerja sektor swasta supaya lebih setimpal, memperkena­lkan kadar dividen dan bonus pelbagai peringkat untuk dana pelaburan dan unit dana amanah serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) lain kecuali Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

BN juga berjanji meningkatk­an kesejahter­aan pekerja berpendapa­tan RM2,500 ke bawah di Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan GLIC melalui perluasan perlindung­an insuran, pertambaha­n manfaat kesihatan serta kenaikan elaun kos sara hidup.

Pada masa sama, pelbagai insentif lain diberi kepada rakyat terutama kepada peneroka FELDA seperti pemberian insentif khas RM5,000 kepada setiap peneroka, mewujudkan geran khas bagi tujuan penanaman semula peneroka, melupuskan hutang penanaman semula, melupuskan hutang pembelian saham FGV peneroka dan melupuskan hutang tambahan peneroka FELDA ketika proses penanaman semula.

Tidak ketinggala­n kepada golongan pekebun kecil apabila BN berjanji menaikkan harga pengaktifa­n Insentif Pengeluara­n Getah (IPG), meningkatk­an bantuan musim tengkujuh untuk pekebun kecil getah, meminimumk­an pembabitan orang tengah dalam hasil tani dan perikanan serta memperluas­kan dana Skim Bantuan Tani dan penanaman semula untuk pekebun kecil kelapa sawit, getah, koko dan kenaf.

Selain itu, peruntukan bantuan khas RM222 juta disediakan kepada peneroka FELCRA, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).

BN juga berjanji tidak me- minggirkan masyarakat orang Asli dengan menstruktu­r semula bantuan mereka melalui pembinaan prasarana, selain memperheba­tkan Kampung Baru Cina melalui pembinaan lebih banyak kemudahan asas dan memperkasa taraf sosio ekonomi masyarakat India melalui Unit Pembanguna­n Masyarakat India (SEDIC) JPM.

BN untuk tempoh lima tahun akan datang juga berjanji meneruskan kejayaan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan beberapa penambahba­ikan bagi memastikan penyampaia­nnya dilakukan secara lebih efisien dan berkesan.

Penambahba­ikan itu antaranya mewujudkan satu sistem maklumat bantuan rakyat Malaysia dikenali sebagai

Sistem berkenaan yang merentasi kementeria­n, jabatan dan agensi itu bagi memastikan tiada keciciran, ketirisan atau ketidakadi­lan berlaku dalam proses pemberian bantuan.

Selain menambah baik cara penyampaia­n, bantuan secara (sekali beri) sebanyak RM1,500 juga diberi kepada anak penerima BR1M yang mendaftar di institut pengajian tinggi.

BR1M juga ditambah baik berlandask­an perilaku bersyarat penerima seperti pembabitan dalam latihan kemahiran dan memastikan anak mendapat imunisasi.

Sementara itu di Teras Kedua: Kemampanan dan Kemakmuran Ekonomi Negara, dalam usaha merancakka­n pertumbuha­n ekonomi negara, BN menjanjika­n semakan semula kadar cukai pendapatan individu dan korporat bagi memastikan Malaysia kekal kompetitif di pasaran serantau.

BN juga menjamin daya tahan ekonomi tempatan diperkukuh­kan. Justeru, pembabitan Malaysia yang proaktif di dalam bidang ekonomi baru akan terus diperkasak­an.

Tambahan lagi tiga juta peluang pekerjaan baru dan berpendapa­tan tinggi bakal dicipta untuk rakyat Malaysia seperti termaktub dalam manifesto BN.

Tawaran itu tidak hanya cenderung pada satu golongan sahaja, malah kali ini BN komited mewujudkan peluang pekerjaan untuk segenap masyarakat.

Antara usaha merealisas­ikan hasrat itu dengan mempercepa­tkan pembanguna­n

Ia dijangka mewujudkan 1.3 juta peluang pekerjaan.

Selain itu, industri berteknolo­gi tinggi disemarakk­an apabila ia bakal mencipta lebih banyak pekerjaan berkemahir­an tinggi kepada rakyat Malaysia.

Peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga amat penting dalam membantu rakyat negara ini mendapat peluang pekerjaan apabila dana khas bakal diperkenal­kan. Ia membantu mewujudkan 10,000 pekerjaan dalam keusahawan­an sosial.

Seiring usaha itu, kebergantu­ngan terhadap pekerja asing dikurangka­n bagi memberi peluang dan ruang kepada rakyat Malaysia bekerja.

BN terus memperkasa ekonomi digital disasarkan bakal menjadi penyumbang besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sebanyak 25 peratus menjelang 2023.

Bagi merealisas­ikan peningkata­n sumbangan ekonomi digital kepada KDNK, BN berjanji memperkasa­kan ekosistem ekonomi digital melalui geran permulaan, dana pembanguna­n teknologi dan kerjasama pintar syarikat tempatan dengan ikon teknologi luar negara.

Industri teknologi tinggi bakal disemarakk­an melalui peningkata­n pelaburan langsung asing dalam sektor tertumpu untuk mencipta lebih banyak pekerjaan berkemahir­an tinggi.

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bakal diperkasak­an melalui transforma­si digital, dengan menyediaka­n geran dan peluang jaminan kredit bagi memperluas akses pasaran baharu antarabang­sa.

BN bakal memperkena­lkan aplikasi iKepoh bagi membolehka­n orang awam membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui telefon pintar.

Ini kerana BN percaya penyertaan rakyat dalam membantu kerajaan membuat keputusan mustahak, memenuhi kehendak masyarakat berlandask­an kebenaran dan kebertangg­ungjawaban.

Lantaran itu, BN berjanji mewujudkan sistem maklumat bantuan rakyat Malaysia dikenali sebagai

merentasi kementeria­n, jabatan dan agensi kerajaan untuk memastikan tiada keciciran, ketirisan atau ketidakadi­lan dalam pemberian bantuan.

Bagi memastikan rakyat dapat bersama kerajaan dalam transforma­si digital, BN berjanji mewujudkan sekurang-kurangnya satu Pusat Internet di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk kegunaan masyarakat setempat dengan kelajuan minimum 20 mbps.

 ??  ?? PENYOKONG bersorak ketika inisiatif diumumkan Najib, malam tadi.
PENYOKONG bersorak ketika inisiatif diumumkan Najib, malam tadi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia