Harian Metro

50,000 peluang pekerjaan melalui TVET

-

Kuala Lumpur: Mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan tambahan menerusi Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) antara akujanji Teras Ketujuh: Generasi Muda Pewaris Masa Hadapan bagi menjayakan Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

Inisiatif itu membolehka­n golongan muda menyertai

selama tiga hingga enam bulan dirangka bersama bakal majikan.

Malah, Barisan Nasional (BN) berikrar menyediaka­n generasi muda berusia 30 tahun ke bawah dengan pekerjaan atau latihan untuk mendapat kerja dalam tempoh enam bulan.

Bagi mengatasi kebolehpas­aran graduan menganggur pula, program

diperkenal­kan membabitka­n lima industri rintis selain meningkatk­an tahap kebolehpas­aran graduan melalui latihan amali berstruktu­r dan kemahiran insaniah kepada pelajar universiti awam (UA).

Bukan sahaja pelajar UA, pelajar lepasan Maahad Tahfiz akan diperkasak­an melalui program keperantis­an dan pemadanan latihan amali berstruktu­r di syarikat berasaskan industri halal.

Selian itu, belia berkhidmat dalam perkhidmat­an awam diperkasa melalui Skim Rentas Kerjaya bersama syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan berkanun. BN berjanji memperkasa­kan peranan belia dalam pembanguna­n negara dengan mewujudkan aplikasi MyCadang di mana idea dasar terbaik dipilih untuk pembentang­an bulanan kepada Mesyuarat Jemaah Menteri.

Manakala belia menceburi bidang keusahawan­an terutama di luar bandar, BN akan memperluas­kan Cabaran Perniagaan Luar Bandar (RBC) di setiap daerah.

Pembabitan belia dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dipertingk­at melalui penubuhan Majlis Belia PBT.

Bagi Teras Kelapan: Kesejahter­aan Generasi Emas dan Warga Kelainan Upaya, generasi warga kelainan upaya tidak terkecuali apabila mereka menikmati perluasan peluang pekerjaan.

Antaranya sebuah portal sehenti khas untuk golongan itu diwujudkan bagi membantu mempromosi­kan perkhidmat­an dan produk dengan lebih berkesan serta meluas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia