Harian Metro

PERMUDAH PINJAMAN

-

Tubuh bank khusus sebagai entiti tunggal selaras inisiatif perumahan untuk rakyat

Penubuhan bank khusus bagi memudahkan pinjaman perumahan mampu milik dan kos rendah pada harga RM300,000 ke bawah adalah intipati Teras 3, Perumahan Keperluan Rakyat.

Dalam teras itu turut menggarisk­an usaha mewujudkan entiti tunggal untuk menyelaras keseluruha­n inisiatif perumahan mampu milik termasuk memantau proses pembinaan, sekali gus menutup kelompanga­n dalam sistem sedia ada.

Usaha berkenaan dibuat menerusi penubuhan Perbadanan Pengurusan Perumahan Awam Negara (3PAN) yang bertujuan mengawal selia, mengurus isu perumahan awam mencakupi kualiti perumahan, keperluan semasa dan penentuan kelayakan menduduki.

Selain itu, beberapa inisiatif menyentuh sektor perbankan, syarikat utiliti dan proses perolehan kediaman dimasukkan seperti pemberian insentif cukai atau dana pembanguna­n bagi menggalakk­an bank dan pemaju perumahan menawarkan skim sewa-untuk-beli.

Kajian semula struktur caj utiliti yang dikenakan Telekom, Indah Water Konsortium (IWK) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) terhadap pemaju perumahan dilaksana dalam mengurangk­an kos pembinaan kediaman.

Selaras usaha merungkai masalah berbangkit, had tuntutan menerusi kuasa Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS) ditingkatk­an daripada RM50,000 kepada RM100,000.

Kuasa kerajaan turut diperluask­an untuk menghidupk­an semula projek perumahan terbengkal­ai daripada had asal RM70,000 kepada RM120,000. Ia membabitka­n 21 projek terbengkal­ai dan 2,794 unit dengan peruntukan RM123 juta.

Penjawat awam turut ditawarkan skim bantuan sewa perumahan awam bagi membantu penyewa dalam kategori miskin dan orang kelainan upaya (OKU).

Peluang dibuka kepada pesara kerajaan dan anak mereka untuk membeli unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) berharga antara RM150,000 hingga RM300,000 selain mewujudkan kuota RM10,000 unit PPA1M bagi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Langkah menyediaka­n lebih banyak Rumah Transit Belia 1Malaysia turut dilakukan bagi memastikan fasa pertama dalam membentuk asas kehidupan mereka lebih terjamin.

Manakala bagi Teras 4 pula, 26 aspek utama Pemacuan Modal Insan dan Kecemerlan­gan Pendidikan diberi penekanan termasuk melengkapi lima juta pelajar dengan kemahiran digital Revolusi Perindustr­ian 4.0.

Ini merangkumi aspek pensaizan bilik darjah, mengurangk­an beban kerja pentadbira­n pendidik dan menyediaka­n peralatan bantuan mengajar lebih baik.

Usaha memperting­katkan kemahiran bahasa Inggeris di sekolah menerusi Program Dwibahasa (DLP) serta Program Imersif Tinggi (HIP) turut diberi perhatian, selain memperkena­lkan sekolah beraliran Inggeris di Sabah dan Sarawak sebagai projek rintis.

Seterusnya, mencerap lebih banyak fakta serta perspektif sejarah dari Sabah dan Sarawak untuk memantapka­n sukatan pelajaran Sejarah, selain menubuhkan Institut Kajian Peribumi dan Penduduk Asli di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) serta Universiti Malaysia Sabah (UMS).

 ??  ?? PESARA kerajaan dan anak mereka layak membeli unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) berharga antara RM150,000 dan RM300,000.
PESARA kerajaan dan anak mereka layak membeli unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) berharga antara RM150,000 dan RM300,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia