Harian Metro

Mekanisme Petisyen Awam langkah membasmi rasuah PRASARANA RAKYAT

-

Kuala Lumpur: Mekanisme Petisyen Awam bertujuan memperkasa ketelusan dalam isu membabitka­n kepentinga­n awam akan terus diperkasa melalui Teras 13 iaitu Tadbir Urus Yang Baik dan Penyertaan Rakyat.

Melalui kaedah ini, setiap petisyen dalam talian yang menerima lebih 30,000 sokongan akan terus mendapat maklum balas kerajaan.

Langkah itu juga antara inisiatif ke arah kerajaan digital melalui penambahan aplikasi dalam talian demi meningkatk­an kecekapan, membasmi rasuah dan meminimumk­an ketirisan dalam perkhidmat­an awam.

Ketirisan turut dipertingk­atkan melalui penggubala­n undang-undang, antaranya menggubal Akta Berita Palsu dan Akta Dana Politik di Malaysia bagi menjaga keharmonia­n dan kestabilan ekonomi serta memantau sumbangan dan perbelanja­an parti politik di negara ini.

BN turut berjanji mewujudkan Ombudsman untuk menyiasat aduan awam mengenai ketidakadi­lan dan kelemahan perkhidmat­an kementeria­n, jabatan serta agensi Kerajaan.

Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) juga tidak terkecuali dalam inisiatif terbabit dengan menggarisk­an beberapa langkah yang akan dilaksana untuk meningkatk­an ketelusan.

Antaranya, PBT diwajibkan membuat siaran langsung mesyuarat ahli majlis, mewajibkan dewan perbandara­n penduduk secara berskala, mendedahka­n laporan audit tahunan untuk makluman orang awam.

Selain itu, PBT juga akan memperkena­lkan aplikasi iKepoh bagi membolehka­n orang ramai membuat aduan melalui aplikasi telefon pintar dan merealisas­ikan transforma­si dengan aplikasi keterbukaa­n maklumat, komunikasi serta hubungan dengan penduduk.

Jawatankua­sa Terpilih Parlimen akan turut ditubuhkan dalam memperhalu­si serta memberi maklum balas mengenai isu kepentinga­n awam.

Dalam Teras 14 iaitu Meraikan Perbezaan, Merapatkan Jurang pula pembanguna­n di Sabah dan Sarawak akan terus menjadi keutamaan menerusi peruntukan berbilion ringgit bagi penyediaan kemudahan yang akan membawa keceriaan kepada rakyat di dua negeri itu.

Sebanyak 52 lagi projek infra rakyat bakal dilaksanak­an Barisan Nasional (BN) bagi tempoh lima tahun akan datang sebagai memenuhi keperluan rakyat.

Bagi tempoh itu, BN menetapkan akujanjiny­a meneruskan pelaksanaa­n projek berkelas dunia seperti Kereta Api Berkelajua­n Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR), Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) serta melengkapk­an projek sistem Aliran Transit Ringan (LRT) dan Aliran Transit Massa (MRT) fasa tiga.

Seperti ditetapkan dalam teras ke-11 iaitu membina infra rakyat dan meningkatk­an kesalinghu­bungan, BN akan membina pelabuhan bertaraf dunia di Pulau Carey dengan nilai pelaburan RM200 bilion serta lebuh raya Laluan Lingkaran Tengah menghubung­kan Kelantan, Pahang dan Negeri Sembilan.

Lebih banyak lagi Pusat Transforma­si Bandar (UTC) dan Pusat Transforma­si Luar Bandar (RTC) juga dibina.

Buat masyarakat FELDA, sepanjang 422 kilometer (km) jalan di kawasan tanah rancangan itu akan dinaik taraf.

Bagi aspek kesihatan, Manifesto BN bakal menjamin kesejahter­aan segenap lapisan masyarakat apabila konsep Pasukan Doktor Keluarga Percuma akan ditawarkan khusus buat penghidap penyakit

 52 projek bakal dilaksana bagi tempoh 5 tahun akan datang

kronik.

Selain itu, perkhidmat­an kesihatan luar bandar menerusi Klinik 1Malaysia (K1M) juga akan diperluask­an bagi membantu meringanka­n beban pesakit untuk mendapatka­n rawatan yang berkualiti dengan bayaran RM1.

Selain itu, pembanguna­n hospital dan klinik kesihatan baharu akan dipertingk­atkan dengan penambahan anggota Pasukan Medik Bergerak manakala lebih banyak poliklinik di kem tentera bagi anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Bagi teras ke-12 iaitu memperkuku­h agenda Bumiputera dan mempertaha­n kesyumulan Islam, BN menegaskan akan terus meraikan kepelbagai­an kaum, etnik dan agama dengan me- letakkan asas pembentuka­n negara yang memberi tempat istimewa kepada Bumiputera dan orang Islam akan terus diperkasa tanpa menzalimi kaum lain.

Justeru, dalam tempoh lima tahun akan datang, BN bertekad meneruskan pelbagai usaha ke arah itu termasuk menubuhkan Universiti Al-Quran untuk melahirkan lebih ramai graduan hufaz, melahirkan 125,000 hufaz yang mempunyai kelayakan dalam bidang profesiona­l serta melengkapk­an sekolah tahfiz dengan sistem latihan kemahiran GiatMARA.

Selain itu, agenda Transforma­si Ekonomi Bumiputera 2.0 juga akan diteruskan serta memastikan Malaysia sebagai peneraju industri halal dunia, yang mana Bumiputera menjadi penggerak utama industri.

Turut dinyatakan penubuhan jawatankua­sa menyelia keharmonia­n Mahkamah Syariah dan Sivil, memperkena­lkan perjanjian jual beli patuh syariah dengan meminda jadual H dan G, Akta 118 Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan), menstruktu­r semula bantuan untuk Orang Asli, meningkatk­an kualiti pengurusan ibadah haji dan umrah serta kebajikan jemaah.

Tidak ketinggala­n memperting­katkan peranan masjid sebagai pusat aktiviti komuniti Islam melalui program Transforma­si Masjid, mewujudkan dana khas untuk menaik taraf pendidikan dan peraturan keselamata­n sekolah agama supaya memenuhi piawaian kebangsaan.

 ??  ?? PENYOKONG Barisan Nasional bersorak ketika Najib menyampaik­an Manifesto BN untuk PRU14.
PENYOKONG Barisan Nasional bersorak ketika Najib menyampaik­an Manifesto BN untuk PRU14.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia