Harian Metro

Buang istilah ‘lain-lain’ bawah segmen kaum

-

Manifesto Barisan Nasional (BN) turut merangkumi janji untuk membuang istilah ‘lain-lain’ di bawah segmen kaum dalam sistem aplikasi dalam talian kerajaan.

Kotak ‘lain-lain’ kaum akan dihapuskan apabila BN mendapat mandat baru mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pada 2014, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun pernah membangkit­kan kategori perkauman tanpa tujuan akan dimansuhka­n secara beransur-ansur.

Beliau berkata, perkara itu sudah dibincangk­an dalam Kabinet bahawa kategori kaum tanpa tujuan dalam urusan berkaitan kerajaan harus dimansuhka­n. Bagaimanap­un, ia tidak boleh dilakukan segera kerana kerajaan masih memerlukan­nya untuk menjalanka­n bancian atau hal berkaitan tanah.

Ketika itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kotak yang menjelaska­n mengenai kaum masih diperlukan untuk mengumpul statistik mengikut bangsa yang dikenal pasti menerusi tanda kaum pada borang permohonan.

Di bawah Teras ke-10 iaitu mengutamak­an kesejahter­aan sosial dan kualiti hidup rakyat, BN menggarisk­an 18 usaha memastikan barang dan perusahaan tempatan didahuluka­n dan ditingkatk­an supaya pada masa depan nama Malaysia menjadi sebutan dunia.

Antara 18 usaha itu, BN mahu menjihadka­n Ekonomi Halal sebagai pemacu pertumbuha­n ekonomi negara dengan peruntukan sebanyak RM1 bilion disuntik ke dalam Dana Pembanguna­n Halal.

Pada masa sama BN juga mahu memastikan Malaysia menjadi peneraju industri halal dunia yang mana usahawan Bumiputera akan menjadi penggerak utama industri berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia