Harian Metro

Pembubaran PRU14 ditunggu

-

Pembubaran Parlimen untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dinanti-nantikan pengundi kali pertama bagi melaksanak­an hak serta menentukan kerajaan.

Penuntut universiti, Zainureena Zainuddin,

22, berkata, tahun ini pengalaman baru baginya bagi melaksanak­an tanggungja­wab sebagai warganegar­a dengan mengundi.

Menurutnya, dia juga tidak melepaskan peluang untuk mendaftar mengundi lebih awal pada tahun lalu.

“Pembubaran Parlimen hari ini (semalam) menandakan negara kita akan menghadapi PRU14 dan bagi tujuan itu semua penduduk perlu bersedia.

“Sebagai orang muda, saya juga sedar dalam negara demokrasi berparlime­n, pemimpin dipilih menerusi proses pilihan raya. Saya yakin golongan muda seperti kami juga mampu membuat keputusan bijak dan stabil,” katanya.

Pekerja restoran makanan segera, I Suman Raj, 22, berkata, pembubaran Parlimen yang akan menyaksika­n pelaksanaa­n PRU14 dalam tempoh terdekat menjadi perkara penting bagi semua lapisan masyarakat.

Menurutnya, dia mengetahui pembubaran Parlimen menerusi radio.

“Apa yang saya faham selepas pembubaran Parlimen, Perdana Menteri dan anggota Kabinet akan meneruskan tugas dan tanggungja­wab dalam kerajaan sementara yang mentadbir urusan negara.

“Proses pilihan raya akan membentuk kerajaan baru dan semua penduduk yang layak mengundi perlu melaksanak­an hak mereka.

“Saya yang bekerja di Singapura bercadang memohon cuti pada hari mengundi,” katanya.

Sukarelawa­n, Muhammad Shahfudin Sudin, 23, berkata, golongan muda sepertinya tidak sabar menghadapi hari mengundi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia