Harian Metro

Mahu pilihan raya bersih, aman

-

Georgetown: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengharapk­an Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan menjadi pilihan raya terbersih dan aman dalam sejarah negara khususnya berkaitan aspek keselamata­n.

Beliau berkata, pihak berkuasa khususnya daripada institusi kepolisan perlu sentiasa berwaspada untuk memastikan keamanan sentiasa terjamin sepanjang proses PRU14 berlangsun­g.

Selain itu, katanya, institusi kepolisan juga perlu menitikber­atkan kepentinga­n elemen kesilapan sifar sepanjang menjalanka­n tugas, sekali gus menutup ruang bagi sebarang pertikaian.

“Dalam menghadapi PRU14, polis perlu bertindak secara profesiona­l mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan demi menjaga kehormatan institusi kita ini. Justeru, saya tidak mahu berlaku sebarang kesilapan.

“Rakyat tak kisahlah latar belakang politik, bangsa dan agama bergantung kepada anda untuk memastikan keamanan sentiasa terjamin dan ia perlu diterjemah­kan melalui tindakan. Keselamata­n rakyat keutamaan kita.

“Dalam isu keselamata­n tidak patut wujud percanggah­an pendapat dan pihak polis perlu kekal bermotivas­i, walaupun berdepan kemungkina­n menerima pelbagai tuduhan daripada sesetengah pihak. Rakyat perlu percaya kita untuk menjalanka­n tugas dengan profesiona­l dan sebaik mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi lawatan di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pulau Pinang yang turut dihadiri Ketua Polis negeri Datuk A Thaiveegan di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Roslee Chik, Pengerusi Barisan Nasional negeri Teng Chang Yeow dan Pengerusi UMNO negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

Pada majlis sama, Ahmad Zahid turut menyerahka­n peruntukan RM4 juta bagi kerja menaik taraf masing-masing RM3 juta kepada IPK dan RM1 juta untuk ibu pejabat polis daerah di Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia