Harian Metro

Manfaat media sosial SPR MAKLUM

-

Media sosial dimanfaatk­an sepenuhnya oleh wakil rakyat yang tamat tempoh perkhidmat­annya semalam untuk mengucapka­n terima kasih kepada pengundi dan rakyat di kawasan mereka.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan, Datuk Seri Mah Siew Keong antara yang menggunaka­n kaedah itu bagi mengucapka­n terima kasih kepada rakyat di kawasannya.

Mah, 57, yang juga Presiden Gerakan, membuat rakaman ucapan itu dalam klip video berdurasi seminit 35 saat yang kemudian dimuat naik dalam Facebook miliknya.

Dalam ucapannya, Mah menyatakan sebagai anak jati Teluk Intan menjadi tanggungja­wabnya untuk memastikan kawasan Parlimen itu terus aman, maju dan sejahtera sambil memohon maaf jika ada melakukan kesilapan.

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) mengesahka­n menerima pemakluman rasmi mengenai pembubaran Parlimen serta empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Perlis, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Pengerusin­ya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, pihaknya menerima pemakluman daripada Speaker Dewan Rakyat berhubung Pengisytih­aran Pembubaran Parlimen ke-13 yang berkuat kuasa hari ini (semalam) selain sesalinan pengisytih­aran pembubaran Parlimen ke-13 oleh Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata, SPR sudah menerima pemakluman rasmi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada Speaker DUN bagi empat negeri iaitu Perlis, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

“Kita masih belum menerima

Parlimen, empat DUN iaitu Perlis, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor

dibubarkan

pemakluman rasmi perbubaran DUN dari negeri lain, walaupun ada antaranya sudah dilaporkan media.

“Selepas menerimany­a nanti, barulah kita akan menetapkan tarikh mengadakan mesyuarat khas membincang­kan tarikh penting seperti tarikh writ dan notis pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian awal, hari pengundian, daftar pemilih pilihan raya yang digunakan dan persiapan berkaitan,” katanya pada sidang media khas selepas Simulasi Bilik Gerakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 di ibu pejabat SPR di sini, semalam.

Mohd Hashim berkata, jumlah pemilih berdaftar terkini seramai 14,940,627 orang manakala jumlah pusat mengundi sebanyak 8,898 pusat dengan 28,995 saluran mengundi.

Menurutnya, sehingga semalam, jumlah permohonan pengundi pos luar negara sebanyak 4,916 permohonan, dengan lima negara tertinggi iaitu United Kingdom, Australia, Amerika Syarikat, Taiwan dan China.

“Permohonan undi pos luar negara akan ditutup pada hari ini jam 11.59 malam waktu Malaysia dan semua permohonan selepas hari ini tidak akan diproses lagi.

“Bagi undi pos dalam negara pula, jumlah permohonan setakat ini sebanyak 39,775 dan jumlah keseluruha­n hanya diketahui selepas permohonan ditutup bagi semua kategori pada hari penamaan calon,” katanya.

Ditanya mengapa rakyat Malaysia di Singapura tidak layak menjadi pengundi pos, beliau berkata, ia disebabkan jarak yang dekat dengan Malaysia, sama seperti rakyat Malaysia di Kalimantan, Indonesia dan Selatan Thailand yang juga tidak layak menjadi pengundi pos.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia