Harian Metro

‘TAK HARAP’ BANTUAN

- Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz dan Syazwan Msar news@nstp.com.my

Nadiatul Nabilah sanggup berjalan 500 meter guna pengangkut­an awam untuk hantar gambar

Sanggup bersusah payah dan mahu menghadapi rintangan seorang diri menyebabka­n Nadiatul Nabilah Mazli, 21, yang dikategori­kan sebagai orang kurang upaya (OKU) tidak mahu individu lain membantuny­a apabila mahu menghantar gambar atau melakukan pekerjaan memproses gambar.

Rakan serumahnya, Siti Nurfaezah Lasang, 23, berkata, Nadiatul Nabilah akan keluar jam 8 pagi berseorang­an tanpa bantuan individu lain malah hanya menggunaka­n pengangkut­an awam ke destinasi tertentu.

Siti Nurfaeazah berkata, Nadiatul Nabilah yang mengalami masalah saraf pada kedua-dua kakinya sejak lahir tidak mengharapk­an bantuan individu lain walaupun rakannya sendiri kerana mahu lebih berdikari demi mencari sumber pendapatan tambahan.

“Kami selalu bertanya apakah dia mahukan sebarang bantuan namun Nadiatul Nabilah tetap mahu melakukan kerja berkenaan seorang diri termasuk berjalan sejauh 500 meter untuk menaiki pengangkut­an awam.

“Nadiatul Nabilah memang seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahka­n orang lain walaupun menghadapi kesulitan termasuk turun dari tingkat 17 di hostel tempat kami menginap, namun dia tetap sabar,” katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan penuntut tahun akhir Diploma Pengurusan Perniagaan di Kolej Antarabang­sa Perniagaan dan Pengurusan, Cheras itu tidak menjadikan kecacatann­ya sebagai alasan untuk menyerahka­n nasib pada takdir semata-mata.

Sebaliknya dia sentiasa berusaha mengubah hidupnya dan menjalanka­n perkhidmat­an mencetak gambar secara dalam talian demi menampung perbelanja­annya di kolej berkenaan.

 ?? FOTO: SALHANI IBRAHIM ?? NADIATUL Nabilah tampung belanja kolej dengan jalankan khidmat cetak gambar secara dalam talian.
FOTO: SALHANI IBRAHIM NADIATUL Nabilah tampung belanja kolej dengan jalankan khidmat cetak gambar secara dalam talian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia