Harian Metro

Inspirasi kejayaan

- HAQIEM

Kuala Lumpur: “Ada kereta mewah adalah sumber inspirasi dalam melonjakka­n pencapaian, namun saya masih belum berkemampu­an untuk ada kereta mewah,” kata penyanyi Haqiem Rusli, 20.

Dia yang popular dengan lagu Tergantung Sepi berkata, memiliki kereta mewah disifatkan sebagai inspirasi kejayaan.

“Sesiapa saja, kalau ada kereta mewah memang akan berasa puas dan ia bukan niat untuk menunjuk, sebaliknya menandakan kejayaan itu sudah mempunyai penanda aras.

“Mungkin suatu hari nanti, jika ada peluang saya akan memiliki kereta mewah juga,” katanya yang difahamkan membeli kereta Mitsubishi Lancer secara tunai.

Pada usia muda, ramai yang mempertika­ikan kemampuann­ya membeli kereta tunai, namun bagi Haqiem, semuanya tidak mustahil jika mampu.

Katanya, buat masa ini, dia mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya apabila akan melancarka­n album mini tidak lama lagi selain single baru pada

Ogos.

“Memang berdasarka­n trend, anak muda lebih menyukai kereta mewah yang bersifat sporty seperti

Ferrari dan GTR manakala warga tua sukakan Hummer.

“Saya pula masih belum mempunyai pilihan kerana mahu membelikan Toyota

Vellfire buat ibu,” katanya.

Sementara itu, penyanyi yang popular dengan lagu

Melamar Rindu dan Sedalam-dalam Rindu, Tajul, 19, berkata, pemilikan kereta mewah sebagai lambang kejayaan seseorang lelaki.

“Saya tidak melihatnya sebagai trend, sebaliknya ia sebagai mercu kejayaan seorang lelaki.

“Golongan lelaki memang ramai yang berminat mengumpul harta kerana ia tidak salah dan bergantung pada rezeki masing-masing hasil usaha keras yang dilakukan.

“Kereta mewah yang dimiliki artis juga bukan untuk menunjukka­n riak tetapi perkara itu dapat membuktika­n kepada masyarakat bahawa menjadi artis juga mampu berjaya dan hidup mewah,” katanya yang mempunyai Honda FD2R.

Teringin memiliki Mustang, Evo 9 dan GTR Skyline R35, katanya, dia tidak mahu mengikut orang lain yang terus mengumpul kereta mewah sebagai hobi.

“Saya lebih suka buat sesuatu benda berdasarka­n minat. Saya tidak mahu mengikut sesetengah orang yang mahu memiliki kereta mewah kerana nafsu,” katanya.

“Saya tidak mahu orang melihat saya sebagai riak jika ada memiliki kereta mewah kerana saya ingin menyimpan harta atas usaha sendiri”

Zoey Rahman “Kereta mewah yang dimiliki artis juga bukan untuk menunjukka­n riak tetapi perkara itu dapat membuktika­n kepada masyarakat bahawa menjadi artis juga mampu berjaya”

Haqiem Rusli

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia