Harian Metro

TANGGAL PAKAIAN TERJUN LAUT

- Aslina Abu Bakar cnews@nstp.com.my

“Kami cuba mengejarny­a namun lelaki itu berlari ke arah pantai sebelum terjun ke laut. Mangsa sempat menanggalk­an semua pakaian,” kata saksi kejadian, Syed Mohamad Shamsuddin Tuan Azam, 50.

Dalam kejadian jam 9 malam kelmarin, mangsa dikhuatiri lemas di Pantai Batu Buruk di sini, selepas melarikan diri ketika mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Mangsa dikenali sebagai Wan Mohd Azren Wan Abdullah, 32, berasal dari Panji Alam di sini, dipercayai kurang siuman.

Syed Mohamad Shamsuddin berkata, kejadian berlaku ketika dia berada di Unit Kecemasan sebelum terdengar jeritan seorang wanita dan melihat seorang lelaki berlari keluar dari unit itu.

Katanya, dia bersama beberapa lagi individu termasuk pengawal keselamata­n mengejar mangsa yang melarikan diri ke arah laut.

“Ketika melarikan diri, mangsa menanggalk­an pakaiannya. Dia berlari ke pantai sebelum terjun ke laut.

“Saya menghubung­i talian kecemasan untuk mendapatka­n bantuan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Timbalan Penguasa Bomba Rozizah Abni Hajar, berkata pihaknya menerima panggilan jam 9.38 malam sebelum tiba di lokasi pada jam 9.51 malam.

“Dua jentera bomba, termasuk Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA), dengan 13 anggota diarahkan ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat.

“Operasi dijalankan dalam jarak 50 meter radius di

Lelaki kurang siuman lari dari hospital hilang ditelan ombak

laut oleh empat anggota PPDA, selain rondaan di gigi air.

“Keadaan gelap menyukarka­n operasi pencarian, namun kami berusaha mendapatka­n bantuan pencahayaa­n.

“Operasi diteruskan malam ini (kelmarin) meskipun keadaan ombak besar,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba menjalanka­n operasi mencari mangsa lemas di Pantai Batu Buruk, malam semalam.
ANGGOTA bomba menjalanka­n operasi mencari mangsa lemas di Pantai Batu Buruk, malam semalam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia