Harian Metro

Imam solat sebelum hembus nafas terakhir

-

“Arwah suami sempat mengimamka­n solat jemaah buat kali terakhir sebelum mengadu tidak sihat,” kata Fauziah Abdul Hadi, 65, isteri novelis dan ahli sastera Mohd Baharudin Mohd Sidi, 72, yang meninggal dunia selepas mengadu sakit dada dan sesak nafas, kelmarin.

Mohd Baharudin atau lebih dikenali sebagai Baharudin C.D disahkan meninggal dunia jam 6.40 petang ketika dirawat di Hospital Universiti Ismail Antarabang­sa Malaysia (UIAM) di sini.

Fauziah berkata, mereka sempat mengerjaka­n solat Isyak bersama sebelum arwah suami mengadu sakit dada dan sesak nafas.

“Saya sekeluarga membawanya ke Hospital UIAM pada 10.30 malam (kelmarin) dan menerima rawatan kecemasan.

“Namun takdir Allah SWT, dia disahkan ‘pergi’ jam 6.40 petang (semalam),” katanya, semalam.

Fauziah berkata, dia juga sempat memberikan arwah minum air dan makan bagi mengurangk­an sakit yang ditanggung.

“Saya reda dengan pemergiann­ya. Semua yang hidup pasti bertemu kematian. Penyakit (sesak nafas) hanya asbab (sebab),” katanya.

Hasil perkahwina­n mereka dikurniaka­n lima anak dan lima cucu.

Jenazah Mohd Baharudin dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Bukit Sekilau, Kuantan jam 10 malam tadi.

Allahyarha­m dikenali menerusi novel popular antaranya Doa Kerana Kebenaran, Sesudah Fajar Sebelum Senja, Balada Orang Bercinta, Arca Berdiri Senja, Perjalanan Pertama selain puluhan sajak dan cerpen.

Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Akhbar Datuk Seri Najib Razak ketika Perdana Menteri menjadi Menteri Belia dan Sukan serta Menteri Pertahanan.

 ??  ?? MOHD Baharudin
MOHD Baharudin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia