Harian Metro

EJEN AMAH PUTAR ALAM

-

kerugian RM12,000 selepas diperdayak­an ejen pembekal pembantu rumah warga asing.

Katanya, dia menggunaka­n khidmat seorang ejen dikenali menerusi Instagram kerana menawarkan promosi menarik.

Dia juga yakin dengan kemampuan ejen terbabit selepas membaca testimoni positif daripada pelanggan sebelum ini.

“Jumlah perlu dibayar untuk pembantu rumah daripada seberang itu kononnya membabitka­n kos pengangkut­an, pas kemasukan ke Malaysia dan latihan.

“Gaji pembantu rumah RM900 tapi menurut ejen, saya perlu bayar separuh saja daripada kos itu bagi bulan pertama hingga keenam.

“Tawaran itu termasuk dalam kontrak dua tahun dan selepas tempoh itu, saya akan dikenakan kos baru sama seperti pengambila­n buat pertama kali,” katanya.

Menurutnya, kerana berpuas hati dengan penjelasan ejen itu, dia membuat bayaran penuh dan dijanjikan pembantu rumah berkemahir­an akan mula bertugas di kediamanny­a dalam tempoh dua minggu selepas pembayaran dilakukan.

Namun, selepas bayaran dibuat pelbagai alasan diberikan ejen terbabit.

Azmah mula berasa ada perkara tidak kena selepas pembantu rumah dijanjikan tidak dihantar ke rumahnya selepas tamat tempoh dijanjikan.

Katanya, ketika diminta memberikan penjelasan ejen terbabit mendakwa masalah itu disebabkan kelewatan proses menguruska­n visa dan pasport.

“Kerana sudah lewat ejen tawarkan pembantu rumah sementara, tapi apa yang pelik saya diminta membuat bayaran sebanyak RM1,000.

“Mereka juga kenakan beberapa lagi syarat tambahan, tapi saya keberatan lalu menolaknya, akibatnya sampai sekarang kami gagal mencapai kata sepakat,” katanya.

Dakwanya, dia kerap menghubung­i ejen berkenaan dan mengajak wakil mereka berbincang, namun cadangan itu ditolak dengan pelbagai alasan.

“Buntu memikirkan masalah itu saya membuat laporan kepada Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) untuk mendapatka­n bantuan dan khidmat nasihat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia