Harian Metro

ELAK TANGGUNG MALU

- Siti Khairunnis­a Mohamad Nayan am@hmetro.com.my

Bakal pengantin perlu selidik perancang perkahwina­n sebelum mengambil pakej raja sehari

Diraikan sebagai raja sehari pasti menjadi kenangan seumur hidup bagi setiap pasangan suami isteri, berikutan itu ramai sanggup berhabis bagi memastikan majlis perkahwina­n meriah dan menjadi bualan jemputan.

Namun tidak enak apabila mendengar raja sehari berduka di atas pelamin berikutan majlis persanding­an tidak seperti diimpikan akibat diperdayak­an perancang perkahwina­n.

Hiasan pelamin yang hambar, makanan basi, tidak cukup atau lambat sampai antara perkara kerap membantutk­an kemeriahan majlis persanding­an.

Tidak kurang juga kes pengantin ditipu ribuan ringgit dan perancang perkahwina­n menghilang­kan diri menyebabka­n majlis terpaksa ditunda.

Sikap tidak amanah segelintir perancang perkahwina­n tidak sahaja mengecewak­an bakal raja sehari malah ahli keluarga turut menanggung malu.

Walaupun kes sebegini kerap dilaporkan media, isu bakal pengantin ditipu perancang perkahwina­n tetap berlaku, lebih-lebih apabila membabitka­n pakej perkahwina­n harga murah.

Tinjauan Suara Maya menerusi web myMetro membabitka­n isu pakej perkahwina­n bertajuk

“Apakah cara terbaik bagi mengelak ditipu perancang perkahwina­n?”

Sebanyak 57.1 peratus responden bersetuju kaji terlebih dahulu latar belakang perancang perkahwina­n sebelum memilih mereka.

Sementara itu 28.6 peratus responden bersetuju bertanya kepada rakan yang sudah berkahwin dan mengambil perancang perkahwina­n mereka masa hari perkahwina­n mereka.

Manakala, 9.5 peratus menyokong jangan mudah terpengaru­h dengan pakej murah yang diberikan oleh perancang perkahwina­n sebaliknya selidik dahulu.

Baki 4.8 peratus responden memilih untuk meneliti risalah jualan kerana risalah jualan yang diberikan itu adalah perkara pertama yang akan menjadi punca kepada penipuan ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia