Harian Metro

TEKAD BUDAK 11 TAHUN

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Terdetik pertanyaan di hati Prof Dr Mohd Zamrin Diman ketika usianya 11 tahun apabila membaca berita permohonan dana untuk pembedahan jantung di Filipina dalam akhbar 1979, adakah

Malaysia kekurangan pakar jantung berwibawa ketika itu hingga pesakit terpaksa ke luar negara?

Sejak itu beliau menanam tekad mahu bergelar pakar jantung satu hari nanti biarpun usia ketika itu masih mentah.

Malah buat Dekan Fakulti Perubatan UiTM yang juga Pengarah Perubatan UiTM Private Specialist Centre (UPSC) itu, hospital ibarat rumah keduanya ketika zaman kanak-kanak apabila sering menemani ibu berulang-alik ke Hospital Banting kerana menjalani rawatan untuk penyakit hati atau jaundis.

Beliau yang kehilangan ibu tercinta, Tuaton Sarmidi ketika di tingkatan tiga begitu terinspira­si betapa pentingnya peranan doktor kepada pesakit, tambahan pula arwah ibunya sering memuji doktor yang merawatnya.

Pujian ibunya meninggalk­an kesan mendalam terhadap Prof Zamrin. Beliau sentiasa berusaha memastikan supaya ciri doktor cemerlang ada padanya sehingga hari ini. Beliau sedar tugasnya bukan saja sebagai perawat tetapi memberi sokongan moral terhadap pesakit serta keluarga sepanjang menjalani rawatan.

Kata Prof Zamrin, semua itu bukan datang bergolek dan sebaliknya perlukan iltizam tinggi termasukla­h usaha dan tawakal, membolehka­n dirinya berada pada kedudukan hari ini.

“Saya dibesarkan dalam keluarga yang serba kekurangan. Adik-beradik saya lapan orang dibesarkan oleh bapa saya, Dimon Samidi@ Haji Dahlan, seorang tukang kebun sekolah dan ibu pula suri rumah.

“Kami hidup sederhana di kampung dan makan apa yang ada, tetapi pendidikan tidak pernah diabaikan. Namun, kesusahan itu tetap dirasai apabila ada adikberadi­k terpaksa berkorban menamatkan persekolah­an untuk mengurangk­an bebanan keluarga.

“Bapa saya jenis tekun dan kuat bekerja termasukla­h mengusahak­an kebun untuk menambah pendapatan keluarga. Meskipun tiada pendidikan tinggi, kesedaran bapa mengenai pentingnya pendidikan cukup tebal.

 ??  ?? SENTIASA berdedikas­i terhadap pesakitnya.
SENTIASA berdedikas­i terhadap pesakitnya.
 ??  ?? MEMEGANG jawatan sebagai Dekan Fakulti Perubatan di Kampus UiTM Sungai Buloh Selangor.
MEMEGANG jawatan sebagai Dekan Fakulti Perubatan di Kampus UiTM Sungai Buloh Selangor.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia