Harian Metro

Dilema tunang hidap kanser

-

wanita berusia 25 tahun dan sudah bertunang. Kami dijangka melangsung­kan perkahwina­n akhir tahun depan.

Kini saya buntu apabila tunang saya baru-baru ini disahkan mengidap kanser usus tahap dua. Dia sedang berusaha semampunya untuk menjalani rawatan. Disebabkan ujian yang menimpa tunang saya itu, kadang-kadang datang perasaan bolehkah saya meneruskan ikatan ini kerana merasakan risikonya sangat besar.

Bukan untuk menolak takdir, saya bimbang selepas berkahwin nanti saya akan kehilangan­nya. Adakah pertunanga­n ini perlu diteruskan?

Zikir Zindagi

Shira, Gombak

adalah perkara yang disunatkan. Lelaki atau perempuan mempunyai hak untuk memilih sama ada meneruskan hingga berlakunya pernikahan atau putus tunang.

Sudah pasti pertunanga­n mengandung­i hikmah yang besar. Ia untuk memilih bakal suami sesuai dengan bakal isteri, di samping sama-sama menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Abu Hurairah meriwayatk­an: “Pada masa saya bersama Nabi SAW ada seorang lelaki datang bertemu, dia memberi khabar dirinya berkahwin dengan wanita Ansar, maka Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sudahkah kamu melihatnya?”

Dia menjawab: “Tidak”. Beliau bersabda: “Pergi dan lihatlah kerana pada mata wanita Ansar terdapat sesuatu.” (HR Muslim dan Daruquthni)

Ini menunjukka­n, boleh memilih pasangan masing-masing ketika bertunang. Sekiranya suka, maka teruskan jika sebaliknya, boleh diputuskan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika salah seorang antara kamu meminang seorang wanita, jika mungkin dapat melihat apa yang menjadikan­nya tertarik untuk menikahiny­a, maka lakukanlah.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia