Harian Metro

SOLAT ASAR HAMPIR MAGHRIB

-

hari saya perlu menghadiri mesyuarat pada jam 4 petang bersama pengurusan tertinggi syarikat. Ketika itu, belum masuk waktu Asar.

Namun, mesyuarat memang berlanjuta­n sehingga jam 6 petang atau kadang-kadang hampir masuk waktu Maghrib. Saya kerap kali solat Asar hampir masuk waktu Maghrib.

Adakah itu dikira sebagai perbuatan lalai dalam ibadat yang memungkink­an amalan itu tiada nilai di sisi Allah SWT?

Radzuan, Kuala Lumpur

solat adalah pada awal waktu. Solat adalah kewajipan yang berkaitan dengan waktu. Bagi yang lalai, perbuatan itu dicela oleh Allah SWT.

Namun, ada beberapa keadaan diharuskan untuk dilewatkan solat seperti cuaca yang sangat panas, majlis ilmu, makanan terhidang sedangkan seseorang itu sedang lapar.

Celaan bagi mereka yang melalaikan solat dinyatakan dalam firman Allah SWT yang bermaksud: “(Kalau orang yang demikian dikira daripada bilangan orangorang yang mendustaka­n agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang yang solat. (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurn­akan solatnya.” (Surah Al-Maun: 4-5)

Daripada al-Qasim bin Ghannam, daripada mak ciknya, Ummu Farwah dan dia termasuk orang yang ikut serta berbaiah kepada Nabi SAW berkata yang bermaksud: Nabi SAW pernah ditanya, “Amalan apakah yang paling utama?” Baginda menjawab: “Solat pada awal waktu.” (HR Tirmidzi)

Sebagai pengajaran, di sini diberikan satu contoh, seorang yang sakit perut mahu membuang air besar. Adakah dia boleh menunggu dalam mesyuarat berkenaan?

Sudah pasti dia akan bangun meminta izin untuk menyempurn­akan hajatnya. Adakah menunaikan hajat itu lebih diutamakan daripada menghadap Allah SWT.

Sebagai cadangan, hendaklah dilakukan persiapan sebelum mesyuarat dengan berwuduk dan pakaian menutup aurat bagi memudahkan solat dilaksanak­an apabila tiba waktunya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia