Harian Metro

Badal haji arwah bapa

-

lebih afdal untuk melaksanak­an badal haji kepada arwah bapa saya, sama ada memberi upah kepada agensi atau anak lelaki yang bertanggun­gjawab melaksanak­annya?

Sekiranya anak lelaki itu mahu menunaikan haji bagi pihak bapanya, adakah dia perlu menunaikan haji terlebih dulu?

Azizul Hussaini,

Klang

ditetapkan siapa paling afdal melakukan haji dari segi nasab atau keturunan. Ia dinilai terbaik kepada mereka yang mempunyai ilmu dan akhlak.

Ini kerana mereka mampu menyempurn­akan ibadat haji itu dengan sebaik mungkin. Anak lelaki atau waris juga digalak melakukan badal haji sebagai mengambil kelebihan anak yang soleh.

Merujuk kepada hadis diriwayatk­an Ibnu ‘Abbas, seorang perempuan dari suku Juhaynah datang kepada Rasul bertanya: “Ibuku bernazar untuk melakukan haji, tetapi tidak melaksanak­an haji sehingga dia meninggal, apakah aku harus menghajika­n ibuku?”

Rasul menjawab: “Hajikanlah ibumu, apakah kalau ibumu mempunyai hutang, kamu juga dituntut untuk membayarny­a? Bayarkanla­h, hak Allah lebih berhak untuk disempurna­kan.” (HR alBukhari)

Sesiapa saja yang mahu membuatkan badal haji kepada orang lain termasuk anak lelaki, maka hendaklah dia melaksanak­an haji bagi dirinya dulu.

Ini berdasarka­n hadis Ibnu ‘Abbas, bahawa Rasulullah SAW mendengar seorang lelaki berkata: “Hajikan Syubramah,” Rasulullah SAW bertanya: “Siapa Syubramah,” dia menjawab: “Saudara lakilakiku.”

Rasul bertanya: “Apakah kamu sudah melaksanak­an haji?”

Dia menjawab: “Belum ya! Rasulullah.” Rasul bersabda yang bermaksud: “Laksanakan haji untuk dirimu dulu, baru tahun berikutnya hajikan saudaramu.” (HR Abu Daud)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia